BERAKAS GARISON, Friday, 30 November 2018 –
Al-Bahriyah Group from the Royal Brunei Navy was awarded the champion of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Dikir Syarafil Anam competition which was held in conjunction with Prophet Muhammad SAW Maulud celebration for 1440H, organised by the Religious Department RBAF (JAMA’AT).
The runner-up of the competition
Al-Hikmah Group from Training Institute RBAF, whereas the third place went to
Asy-Syuja’ah Group from Special Forces Regiment RBAF. The winning team was presented with a trophy, souvenirs, cash prize, and certificates of participation.
The competition was participated by seven groups comprising of
Al-Barakah Group from the Royal Brunei Air Force,
Al-Bahriyah Group from the Royal Brunei Navy,
Ad-Difa’ Group from the Ministry of Defence,
Ar-Rahmah Group from the Royal Brunei Land Force,
Asy-Syuhada’ group from Defence Academy RBAF,
Asy-Syuja’ah Group from Special Forces Regiment RBAF, and
Al-Hikmah Group from Training Institute RBAF. This competition took place at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
Present as the Guest of Honour was Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of the RBAF. Also present at the event were the Services Commanders, military directors, senior officers and members of the RBAF.
This competition was aimed to enliven the Prophet Muhammad SAW Maulud celebration especially in cultivating religious events and nurturing religious interest among RBAF members in the field of Dikir Syarafil Anam and spreading the Syiar of Islam among RBAF members.





MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM SEMPENA MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT ABDB
BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 November 2018 – Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei disandang sebagai juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam sempena Maulud Nabi Muhammad SAW bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1440H anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT).
Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB, sementara di tempat ketiga pula diraih oleh Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas ABDB. Juara membawa pulang piala pusingan, hadiah iringan, wang tunai, dan sijil penyertaan.
Pertandingan kali ini disertai oleh tujuh kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Al-Barakah dari Tentera Udara Diraja Brunei, Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei, Kumpulan Ad-Difa’ dari Kementerian Pertahanan, Kumpulan Ar-Rahmah dari Tentera Darat Diraja Brunei, Kumpulan Asy-Syuhada’ dari Akademi Pertahanan ABDB, Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas ABDB, dan Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir di acara tersebut ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Tentera, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.
Pertandingan ini diungkayahkan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW khususnya dalam membudayakan acara-acara keagamaan dan memupuk serta menanam minat di kalangan anggota-anggota ABDB dalam bidang Dikir Syarafil Anam serta memperkembang luaskan Syiar Islam kepada anggota-anggota ABDB.