MALAYSIA, Monday, 26 November 2018 – The 19th ASEAN Chiefs of Armies Multilateral Meeting (ACAMM) and the 8th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) were held concurrently at Malacca, Malaysia today.
Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) led a delegation to the 19th ACAMM. The theme for this year’s ACAMM is ‘Fostering Camaraderie’ which was hosted by General Dato’ Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Chief of Army of the Malaysian Army.
The Minister of Defence Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, in his keynote address, emphasised the prominence of threats to the ASEAN region by non-state actors, especially terrorism. He hailed the ability of ASEAN as a multicultural organisation that is able to work together towards ensuring peace in the region.
In his opening remarks, the Chief of Army of the Malaysian Army stressed the need for ASEAN Armies to continue working together to overcome the transnational challenges. All ASEAN Chiefs of Army also shared their views on security issues affecting the region and discussed new initiatives in enhancing defence cooperation amongst the ASEAN armies.
ACAMM is an annual meeting conducted since 2000 and is hosted by every ASEAN Army on a rotational basis. This meeting has become an important platform that contributes to the strengthening of unity and cooperation amongst the ASEAN Armies. The 20th ACAMM will be hosted by Republic of Indonesia in November 2019.
At the sidelines of ACAMM, the Commander of the RBLF also held bilateral meetings with the Chiefs of Army from all the ASEAN countries. In these meetings, the camaraderie amongst the ASEAN countries were reiterated through recognition of bilateral and multilateral defence engagements in a reflection of this year’s ACAMM theme.
Conducted concurrently with the ACAMM, the 8th ASMAM was attended by Warrant Officer 1 Selamat bin Haji Mohammad Yassin, Acting Land Force Sergeant Major (LFSM), Warrant Officer 1 Azami bin Omar, Regiment Sergeant Major, First Battalion RBLF and Warrant Officer 1 Sharol bin Omar, Regiment Sergeant Major, Support Battalion RBLF.
The theme for this year’s ASMAM is “Regimentation of Military Virtues Reflects Strong Army”. ASMAM is an annual meeting conducted since 2011, which aims to promote a strong working relationship and sharing of experiences amongst the ASEAN armies.

MESYUARAT PELBAGAI HALA BAGI KETUA-KETUA TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KALI KE-19 DAN MESYUARAT TAHUNAN BAGI SARJAN MEJAR TENTERA DARAT NEGARA ASEAN KALI KE-8
MALAYSIA, Isnin, 26 November 2018 – Mesyuarat Pelbagai Hala bagi Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN (ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting, ACAMM) kali ke-18 dan Mesyuarat Tahunan bagi Sarjan Mejar Tentera Darat Negara ASEAN (ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting, ASMAM) kali ke-8 telah diadakan di Melaka, Malaysia pada hari ini.
Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengetuai satu rombongan bagi menghadiri ACAMM kali ke-18. Tema mesyuarat ACAMM pada tahun ini ialah “Fostering Camaraderie” yang telah dipengerusikan oleh Jeneral Dato’ Seri Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat Malaysia.
Menteri Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, dalam ucaptama beliau, telah menitikberatkan ancaman sekuriti kepada benua Asia Tenggara terutamanya mengenai dengan terorisme. Beliau menyentuh mengenai keupayaan ASEAN dalam bekerjasama dengan pelbagai budaya antara negara-negara ASEAN.
Semasa ucapan pembukaan, Panglima Tentera Darat Malaysia telah menekankan kepentingan bagi semua Angkatan Darat ASEAN untuk terus berkerjasama bagi menangani cabaran-cabaran transnasional. Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN juga berkongsi pandangan mengenai isu keselamatan serantau ini dan membincangkan inisiatif kerjasama dalam bidang ketenteraan di kalangan negara-negara ASEAN.
ACAMM adalah acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2000 dan dikendalikan secara bergilir oleh Tentera Darat ASEAN. Acara tahunan ini juga dijadikan sebagai landasan penting yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan dan kerjasama yang sudah sekian lama terjalin di antara Tentera Darat Negara ASEAN. ACAMM kali ke-20 akan dipengerusikan oleh Republik Indonesia pada bulan November 2019.
Selain daripada mesyuarat ACAMM, Pemerintah TDDB juga berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama Ketua Tentera Darat dari semua negara ASEAN. Dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, persahabatan antara tentera-tentera darat ASEAN melalui penglibatan pertahanan dua hala dan pelbagai hala adalah ditekankan.
Pada masa yang sama, ASMAM kali ke-8 juga turut diadakan. Ianya telah dihadiri oleh Pegawai Waran 1 Selamat bin Haji Mohammad Yassin, Pemangku Sarjan Mejar TTDDB, Pegawai Waran 1 Azami bin Omar, Sarjan Mejar, Batalion Pertama TDDB dan Pegawai Waran 1 Sharol bin Omar, Sarjan Mejar, Batalion Bantu TDDB.
Tema mesyuarat pada tahun ini ialah “Regimentation of Military Virtues Reflects Strong Army”. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang dikendalikan sejak 2011 yang bertujuan untuk menggalakkan hubungan kerja yang kukuh dan perkongsian pengalaman di kalangan tentera-tentera ASEAN.