
KAMPONG KASAT, Saturday, 17 November 2018 – A delegation from The Ministry of Defence today joined Dikir Maulud in conjunction with the birthday of the Prophet Mohammad (PBUH) at Masjid Kampong Kasat.
Leading the delegation was the Minister of Defence II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd. Yussof. Also in attendance was the Deputy State Mufti, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin.
The ceremony began with a mass Maghrib prayer, followed by Dikir Syarafil Anam and mass Isyak prayer.
Joining the congregation were the Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, senior officers, officers and staff of the Ministry of Defence, as well as the Penghulu of Mukim Lumapas, Awang Haji Bakar bin Haji Mansor, and the Village Head of Kampong Kasat.
The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) are also actively involved in Dikir Maulud ceremony held at selected mosques and all surau within RBAF camps for 12 consecutive nights from 8 November 2018 until 19 November 2018.


KEMENTERIAN PERTAHANAN MENYERTAI MAJLIS DIKIR MAULUD
KAMPONG KASAT, Sabtu, 17 November 2018 – Rombongan Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Dikir Maulud sempena Sambutan Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Kampong Kasat.
Rombongan diketuai oleh Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Bin Haji Mohd. Yussof. Turut hadir adalah Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin.
Acara dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, dan seterusnya Dikir Syarafil Anam dan sembahyang fardhu Isyak berjemaah.
Menyertai para jemaah ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan, serta Penghulu Mukim Lumapas, Awang Haji Bakar bin Haji Mansor, dan Ketua Kampong Kasat.
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga aktif dalam menyertai Majlis Dikir Maulud yang diadakan di masjid-masjid terpilih dan surau-surau di dalam perkhemahan ABDB yang diadakan selama 12 malam berturut-turut mulai 08 November 2018 hingga 19 November 2018.