DEFENCE ACADEMY, Friday 16 November 2018 – A total of 6 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers received the OBOE Endeavour Award at the Defence Academy today. The award was presented by the Guests of Honour,
Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander RBAF, and Ms Leah Motrram, the Acting High Commissioner of Australia.
The award recipients were 643 Lieutenant Colonel Norsuriati bte Haji Sharbini, 618 Commander Norharirayati bte Yakub, RBN, 660 Major Pg Haji Saiful Amirul Bakri bin Pg Haji Ramlee, 700 Major (U) Mohd Khairul bin PDISDPS Haji Sulaiman, 724 Major Mohd Ghazali bin Haji Hussin and 730 Major (U) Mohd Anwar Shah bin Napiah.
The OBOE Endeavour Award is an Academic Excellence Program from the Australian Government that is awarded to RBAF Officers who have graduated with outstanding results during the Command and Staff Course. These officers will be invited to Australia to meet with key Australian Defence Force leaders, visit an Australian military base, and participate in educational and cultural activities, as well as engage in dialogues and discussions. The program aimed to impart knowledge to the RBAF officers about Australia and its Defence Force, share commonalities on the region’s security and interest, as well as to build stronger relationship between the armed forces. This will further enhance the bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Australia.
The name ‘OBOE Endeavour Award’ was chosen to commemorate Australian Defence Force’s contribution to the successful liberation of Borneo from the Japanese occupation during Operation OBOE in World War II, which marked the beginning of Brunei Darussalam and Australia’s defence relationship.




6 PEGAWAI ABDB TERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOUR
AKADEMI PERTAHANAN, Jumaat, 16 November 2018 – Seramai 6 orang Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telahpun menerima anugerah
OBOE Endeavour. Anugerah ini telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis tersebut iaitu Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB dan Ms Leah Motrram, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia.
Penerima-penerima anugerah tersebut adalah 643 Leftenan Kolonel Norsuriati bte Hj Sharbini, 618 Komander Norharirayati bte Yakub, TLDB, 660 Mejar Pg Haji Saiful Amirul Bakri bin Pg Haji Ramlee, 700 Mejar (U) Mohd Khairul bin PDISDPS Haji Sulaiman, 724 Mejar Mohd Ghazali bin Haji Hussin dan 730 Mejar (U) Mohd Anwar Shah bin Napiah.
Anugerah
OBOE Endeavour adalah Program Kecemerlangan Akademik daripada Kerajaan Australia yang dianugerahkan kepada pegawai-pegawai ABDB yang telah mencapai keputusan yang cemerlang semasa menghadiri Kursus Maktab Turus. Pegawai-pegawai tersebut akan dijemput ke Australia untuk berjumpa dengan Ketua-Ketua Pertahanan Australia, melawat pangkalan tentera Australia, mengikuti aktiviti-aktiviti pendidikan dan kebudayaan, serta melibat dalam perbincangan dan dialog. Program in bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai ABDB mengenai Australia, Angkatan Tentera Australia, serta berkongsi mengenai persamaan di dalam kepentingan keselamatan serantau dan mengeratkan hubungan antara kedua buah angkatan tentera. Ini akan menguatkan lagi hubungan pertahanan dua hala antara Brunei Darussalam dan Australia.
Nama Anugerah OBOE Endeavour
dipilih sempena penglibatan Angkatan Tentera Australia dalam kejayaan membebaskan Borneo daripada Jepun semasa
Operation OBOE
di
Perang Dunia ke-2 di mana ianya telah menandakan permulaan hubungan pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Australia.