
MUARA, Friday, 16 November 2018 – The 24th annual Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise in Brunei Darussalam has concluded with a closing ceremony held this morning at the Nakhoda Hall, Naval Training Centre (NTC), Royal Brunei Navy in Muara. The closing was done by the Guest of Honor, Rear Admiral Murray Joe Tynch III, Commander, Logistics Group Western Pacific, Task Force 73, Singapore Area Coordinator (COMLOG WESTPAC), United States Navy.
CARAT Brunei 2018 continues to serve as a credible avenue in sharing best practices, strengthening cooperation in response to shared maritime security challenges and in enhancing interoperability among participating forces of both countries. The five-day exercise consisted of land-based and at-sea trainings.
The exercise involved personnel and assets from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, Medical teams, Military Legal Unit, RBAF Band, the Ministry of Defence Public Relations Unit and significant participation from other government departments.
With Brunei and United States military relations entering its fourth decade, the CARAT exercise has achieved significant milestones. Interoperability between forces continues to improve and the involvement of multiple government departments underscores the overarching role CARAT plays in capacity building.
The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) also invited a total of 173 participants from other government agencies. This reflects the growing commitment of the RBAF in ensuring a whole of government approach to cooperatively ensure maritime security, stability and prosperity of the nation. Meanwhile, the United States’ participating forces included personnel and assets from the United States Navy and the United States Marine Corps.
Additional activities such as women’s military leadership discussion, military band workshops as well as several symposiums also took place throughout the exercise.
After more than two decades of CARAT engagements, the exercise continues to be a significant platform for military-to-military cooperation between Brunei Darussalam and the United States of America.


EKSESAIS CARAT 2018 KALI KE-24 BERAKHIR
MUARA, Jumaat, 16 November 2018 – Eksesais
Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) kali ke-24 yang diadakan di Negara Brunei Darussalam telah berakhir dengan majlis penutup yang berlangsung pada pagi ini di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei di Muara. Acara penutup ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Laksamana Pertama Murray Joe Tynch III,
Commander, Logistics Group Western Pacific, Task Force 73, Singapore Area Coordinator (COMLOG WESTPAC), United States Navy.
Eksesais CARAT Brunei 2018 merupakan sebuah landasan dalam mengongsikan amalan terbaik, mengukuhkan kerjasama dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan maritim bersama dan dalam meningkatkan
interoperability antara pasukan angkatan tentera kedua buah negara. Eksesais selama lima hari tersebut terdiri daripada latihan di darat dan di laut.
Eksesais ini telah melibatkan anggota dan aset dari Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Pasukan Perubatan, Unit Perundangan Tentera, Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Unit Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan serta penyertaan yang ramai dari agensi-agensi Kerajaan yang lain.
Hubungan tentera Brunei dan Amerika Syarikat yang akan memasuki dekad keempat telah setakat ini mencapai kejayaan yang penting.
Interoperability di antara kedua tentera terus bertambah baik dan penglibatan dari agensi-agensi kerajaan menggariskan peranan pembinaan kapasiti dalam eksesais CARAT.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah menjemput sebanyak 173 peserta dari agensi-agensi kerajaan. Ini telah mencerminkan komitmen ABDB yang semakin meningkat dalam memastikan
whole of government approach untuk meningkatkan lagi keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara. Sementara itu, pasukan penyertaan Amerika Syarikat termasuk anggota dan aset dari
United States Navy dan
United States Marine Corps.
Aktiviti sampingan seperti perbincangan kepimpinan tentera wanita, woksyop pancaragam tentera dan beberapa simposium juga diadakan sepanjang latihan ini.
Penglibatan dalam Eksesais CARAT Brunei yang lebih daripada dua dekad terus menjadi landasan penting bagi kerjasama ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.