BOLKIAH GARRISON, Monday, 12 November 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Air Marshal Hadiyan Sumintaatmadja, Secretary-General, Ministry of Defence of the Republic of Indonesia today. Also in attendance was the Chief of Staff, Royal Brunei Armed Forces.
During the call, Commander RBAF expressed pleasure in meeting Air Marshal Hadiyan Sumintaatmadja and extended his appreciation for the continuous defence cooperation between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia especially through the Joint Defence Cooperation Committee which is currently being held in Brunei Darussalam. Both sides acknowledged that the relationship and cooperation between the RBAF and the Indonesian National Armed Forces will continue to strengthen through courses, exercises and trainings at the bilateral and multilateral platforms, and therefore enhance the rapport and professionalism between both armed forces. Commander RBAF looked forward to more interactions and exchange of visits between the two sides in the near future.
Air Marshal Hadiyan Sumintaatmadja is in Brunei Darussalam for the Joint Defence Cooperation Committee from 11 to 12 November 2018.


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SEKRETERIS-JENDERAL KEMENTERIAN PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA
BOLKIAH GARISON, Isnin, 12 November 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Marsekal Madya TNI Hadiyan Sumintaatmadja, Sekreteris-Jenderal Kementerian Pertahanan Republik Indonesia. Turut hadir adalah Ketua Staf ABDB.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Pemerintah ABDB menyatakan kegembiraan untuk berjumpa dengan Marsekal Madya TNI Hadiyan Sumintaatmadja dan merakamkan penghargaan di atas kerjasama pertahanan yang berterusan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia terutama sekali melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pertahanan Bersama yang sedang diadakan di Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak mengakui hubungan dan kerjasama di antara ABDB dan Tentara Nasional Indonesia akan terus kukuh melalui kursus, eksesais dan latihan secara dua hala dan pelbagai hala, dan seterusnya meningkatkan hubungan dan profesionalisme di antara kedua buah angkatan tentera. Pemerintah ABDB mengalu-alukan interaksi dan pertukaran lawatan di antara kedua belah pihak pada masa akan datang.
Marsekal Madya TNI Hadiyan Sumintaatmadja berada di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pertahanan Bersama bermula pada 11 hingga 12 November 2018.