
MUARA, Monday, 12 November 2018 – The 24th iteration of the Brunei – United States Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise begins on 12 November, and will end on 16 November 2018.
The opening ceremony, held this morning at the Nakhoda Hall, Training Centre Royal Brunei Navy, Muara Camp was jointly officiated by Commander Task Group 73.1 Captain Haji Mohd Yusuf bin Masron, RBN, Acting Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Joint Force Commander, and the Deputy Commander Task Group 73.1 Captain Anne McCann, Deputy Commodore, COMDESRON 7.
Also present were CDR(s) Lucas G. Barlow, Chief of the Office of Defense Cooperation of the United States Embassy to Brunei Darussalam, and senior officers from both countries.
In the run-up for the CARAT exercise, two planning conferences were held, the first being in July 2018 and the final one in September 2018.
The 5-day exercise, comprising of company attack & area clearance jungle training, improvised explosive device detection and awareness, sea evolutions, legal and medical symposiums, aims to strengthen the close working relationship and enhance interoperability among the participants.
This year’s exercise will see participation from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), the Military Police, the Military Legal Unit, RBAF Medical Services, the RBAF Band and Public Relations Unit. Other government agencies such as Royal Brunei Police Force, Maritime Port Authority Brunei Darussalam, Fisheries Department, Narcotics Control Bureau, Attorney General’s Chambers, Emergency Medical Ambulance Services (EMAS) and University Brunei Darussalam, will also be involved.
CARAT is a bilateral exercise series between the United States Navy and the armed forces of nine partner nations in South Asia and Southeast Asia, including Bangladesh, Brunei, Cambodia, Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Timor-Leste. The CARAT Exercise aims to enhance regional military-to-military cooperation, build friendships and strengthen professional skills among participating forces. As one of the original CARAT partners, Brunei Darussalam, the RBAF in particular, has been part of CARAT since the exercise began in 1995.

LATIHAN CARAT BRUNEI-AMERIKA SYARIKAT YANG KE-24 DIAKTIFKAN
MUARA, Isnin, 12 November 2018 – Eksesais ke-24 Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) bermula pada hari ini 12 November dan akan berakhir pada 16 November 2018.
Majlis pembukaan, yang diadakan pada pagi ini di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara Kem, dirasmikan bersama oleh Commander Task Group 73.1 Kepten Haji Mohd Yusuf bin Masron, TLDB, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama dan Deputy Commander Task Group 73.1 Captain Anne McCann, Deputy Commodore, COMDESRON 7.
Turut hadir ialah CDR(s) Lucas G. Barlow, Ketua Pejabat Koperasi Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara.
Dalam persediaan bagi Eksesais CARAT, dua persidangan perancangan telah diadakan, di mana yang pertama diadakan pada bulan Julai 2018, dan yang terakhir pada September 2018.
Eksesais selama lima hari ini terdiri daripada latihan company attack & area clearance jungle training, improvised explosive device detection and awareness, sea evolutions, legal and medical symposiums, bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan kerja dan meningkatkan interoperabiliti di kalangan peserta.
Eksesais pada tahun ini akan menyaksikan penyertaan dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Polis Tentera, Unit Perundangan Tentera, Unit Perkhidmatan Perubatan ABDB, Pancaragam ABDB dan Unit Perhubungan Awam. Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perikanan, Biro Kawalan Narkotik, Pejabat Peguam Negara, Perkhidmatan Kecemasan Ambulan Perubatan (EMAS) dan Universiti Brunei Darussalam juga akan terlibat dalam Eksesais ini.
CARAT merupakan siri latihan dua hala antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan angkatan tentera dari sembilan negara rakan kongsi di Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Timor-Leste. Eksesais CARAT bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan serantau, membina persahabatan dan mengukuhkan kemahiran profesional di kalangan angkatan tentera yang mengambil bahagian. Sebagai salah satu rakan CARAT, Brunei Darussalam, ABDB khususnya, telah menjadi sebahagian daripada CARAT sejak latihan ini bermula pada tahun 1995.