BOLKIAH GARRISON, Sunday, 11 November 2018 –
Seventy-eight cycling enthusiasts took part in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 100km inter-services bicycle race that was held today at Bolkiah Garrison. The Guest of Honour for the event was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of Royal Brunei Navy (RBN).

The 100km race that commenced from Bolkiah Garrison with race tracks covering most of Brunei-Muara district started at 7:15 am. For the individual category, first place went to LCpl (U) Mohd Nurhaimin bin Awang who clocked in at 2 hours 40 minutes 38 seconds, while the second place went to Cpl (U) Masri bin Matassan with WO2 Mohd Norisman bin Ismail coming in third at 2 hours 40 minutes 38.8 seconds and 2 hours 40 minutes 39.1 seconds respectively. For the team category, first place went to TUDB ‘A’ with a total time of 10 hours 43 minutes 41 seconds, while second place went to Team TDDB ‘B’ with Team TLDB ‘A’ coming in third at 10 hours 44 minutes 14.8 seconds and 10 hours 44 minutes 15.4 seconds respectively.

The event ended with the presentation of a token of appreciation to team leaders by Captain Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, RBN, RBAF Chief of Staff, and a group photo. 






ACARA LUMBA BASIKAL 100KM ANTARA UNIT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2018

BOLKIAH GARRISON, 11 November 2018 – Tujuh puluh lapan orang peserta lumba basikal telah menyertai Acara Lumba Basikal 100km antara unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2018 yang telah diadakan di Bolkiah Garrison. Tetamu kehormat bagi acara tersebut adalah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

Peserta lumba basikal 100km berlepas dari Bolkiah Garrison pada jam 7:15 pagi. Dalam acara perseorangan, LKpl (U) Mohd Nurhaimin bin Awang menduduki tempat pertama dengan catatan masa 2 jam 40 minit 38 saat, manakala Kpl (U) Masri bin Matassan menduduki tempat kedua dengan catatan masa 2 jam 40 minit 39 saat dan PW2 Mohd Norisman bin Ismail di tempat ketiga dengan catatan masa 2 jam 40 minit 39.1 saat. Dalam acara berpasukan, pasukan TUDB ‘A’ telah menduduki tempat pertama dengan jumlah catatan masa 10 jam 43 minit, 41 saat pasukan TDDB ‘B’ mendapat tempat kedua dengan jumlah catatan masa 10 jam  44 minit 14.8 saat dan pasukan TLDB ‘A’ di tempat ketiga dengan catatan masa 10 jam 44 minit 15.4 saat.

Acara Lumba Basikal 100km antara unit ABDB bagi tahun 2018 diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada setiap Ketua Pasukan oleh Kepten Spry bin Haji Serudi @ Seruji, TLDB, Ketua Staf ABDB, dan sesi bergambar ramai.