BOLKIAH GARRISON, Thursday, 1 November 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Colonel Keosouvanh Phangphilavong, the Defence Attaché of Lao People’s Democratic Republic accredited to Brunei Darussalam this morning. Also in attendance were the Chief of Staff, RBAF and Director of Intelligence.
Both sides exchanged views on strengthening the military to military relationship and cooperation between RBAF and Lao People’s Army. The Commander of RBAF welcomed more opportunities that can be explored between both armed forces such as visits, interactions and courses for the benefit of both countries.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ATASE PERTAHANAN LAO KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 1 November 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Keosouvanh Phangphilavong, Atase Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Lao yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada pagi ini. Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Kedua belah pihak bertukar pandangan bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan di antara ABDB dan Lao People’s Army. Pemerintah ABDB mengalu-alukan pelbagai peluang yang dapat diceburi di antara kedua buah angkatan tentera seperti lawatan, interaksi dan kursus bagi kepentingan kedua buah negara.