BERAKAS, Wednesday, 31 October 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to present certificates of appreciation to various government departments that have been awarded with three stars through the Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang, the Excellent Civil Service Employee Award to 49 recipients and the Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA) to 10 recipients at the 25th Civil Service Day celebration held at the International Convention Centre, Berakas this morning.
Four of the APCPA award recipients who currently serve the Ministry of Defence are from various divisions – Dayang Mazveen Kaur Saggu, Executive Officer at the Royal Brunei Armed Forces Commander’s Secretariat Office (Division II); Dayang Munirah Hayati binti Haji Hanipah, Assistant Executive Officer Grade I, Directorate of Administration and Manpower (Division III); Dayang Norhayati binti Haji Japar, Clerk, Permanent Secretary’s Secretariat Office (Division IV); and Awang Abu Bakar bin Haji Abd Ghani, Pelayan Mess Tingkat III, Directorate of Administration and Manpower (Division V).
The APCPA is an acknowledgement and recognition to civil servants who have demonstrated exemplary work quality, character and performance.
In conjunction with the celebration this year, a special award, Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA) was introduced. This award is specifically awarded to staffs in Division V to recognise their services and contributions to the organisation which they have demonstrated through values such as trustworthiness, courage and a strong sense of responsibility.
This award was presented to Awang Shahbudin bin Haji Saidi, Console Operator from the Civilian Manpower Office in Penanjong Garison.




EMPAT WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA APCPA
BERAKAS, Rabu, 31 Oktober 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada Jabatan-Jabatan yang mendapat pengiktirafan Tiga Bintang (Baik) dalam Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang, Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) kepada seramai 49 orang penerima dan juga Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA) kepada 10 orang penerima di Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-25, 2018 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pagi ini.
Turut menerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APCPA) adalah empat warga Kementerian Pertahanan iaitu Dayang Mazveen Kaur Saggu, Pegawai Kerja di Pejabat Urusetia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Bahagian II); Dayang Munirah Hayati binti Haji Hanipah, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian III); Dayang Norhayati binti Haji Japar, Kerani, Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap (Bahagian IV); dan Awang Abu Bakar bin Haji Abd Ghani, Pelayan Mess Tingkat III, Jabatanarah Pentabiran dan Tenaga Manusia (Bahagian V).
APCPA merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi dan penghasilan kerja yang cemerlang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.
Bersempena dengan sambutan pada tahun ini juga, satu anugerah khas telah diperkenalkan iaitu Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA). Penghargaan ini khusus diberikan kepada kakitangan dalam jawatan di dalam Bahagian V dan diberikan atas jasa serta sumbangan yang telah diberikan kepada organisasi dengan menunjukkan nilai-nilai amanah, keberanian dan pemedulian yang didorong atas sikap luhur dan murni.
Penghargaan ini telah dianugerahkan kepada Awang Shahbudin bin Haji Saidi, Console Operator, Pejabat Pentadbiran Awam, Penanjong Garison.