BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 31 October 2018 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) organised a tahlil ceremony at the Royal Mausoleum for the late parents of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.
The Tahlil ceremony was held in conjunction with the upcoming RBLF 57th Anniversary which will fall on 4 November 2018.
Present to lead the congregation was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, the Commander of RBLF. Also present was Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, the Deputy Commander of RBLF, senior officers, officers and other RBLF personnel.
The recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah was led by Ustaz Muhd Asdey Hazabullah bin Haji Muhd Zain, the Imam of Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison.

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-57 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Oktober 2018 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi paduka ayahanda dan paduka bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.
Majlis bertahlil ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB yang ke-57 yang akan diadakan pada 4 November 2018.
Rombongan berkenaan diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir juga ialah Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah TDDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, dan anggota-anggota TDDB.
Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Ustaz Muhd Asdey Hazabullah bin Haji Muhd Zain, Imam Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.