BOLKIAH GARRISON, Monday, 22 October 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence, received a joint call from Colonel (Czi) Widiyanto, the outgoing Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam and Colonel Zaenal Arifin, the incoming Defence Attaché of the Republic of Indonesia to Brunei Darussalam this afternoon.

During the call, the Second Minster of Defence thanked Colonel Widiyanto for his efforts and contributions in strengthening bilateral defence and military relations between Brunei Darussalam and Republic of Indonesia, as well as welcomed Colonel Zaenal Arifin as the new Defence Attache of Republic of Indonesia to Brunei Darussalam. Both sides acknowledged the strong relations between the two countries, noting that defence and military sectors are key components of the overall bilateral relations. Colonel Widiyanto also conveyed his appreciation to the Ministry of Defence Brunei Darussalam and the Royal Brunei Armed Forces for the relationships formed throughout his tenure and hopes that the defence cooperation of both countries would flourish in the future.

Both Colonel (Czi) Widiyanto and Colonel Zaenal Arifin also paid courtesy calls to the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, and the Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Colonel (Czi) Widiyanto was appointed as the Defence Attache of Republic of Indonesia to Brunei Darussalam with effect from 2 September 2015. Colonel Zaenal Arifin is set to succeed Colonel Widiyanto in November 2018.






MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ATASE PERTAHAHAN INDONESIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARISON, Isnin, 22 Oktober 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, telah menerima satu kunjungan perpisahan dan pengenalan dari Kolonel (Czi) Widiyanto, bekas Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam dan Kolonel Zaenal Arifin, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, pada petang tadi.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua merakamkan penghargaan atas sumbangan Kolonel (Czi) Widiyanto dalam usaha mempertingkatkan lagi hubungan pertahanan dan ketenteraan dua hala antara kedua buah negara dan seterusnya mengalu-alukan kedatangan Kolonel Zaenal Arifin sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru. Kedua belah pihak mengesahkan hubungan yang kukuh antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia dan sepakat bahawa hal ehwal pertahanan dan ketenteraan adalah bidang-bidang penting dalam hubungan dua hala kedua buah negara secara keseluruhannya. Kolonel Widiyanto juga merakamkan penghargaan beliau terhadap hubungan yang telah dijalin sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Atase Pertahanan di negara ini dengan harapan hubungan pertahanan dua hala akan berkembang di masa hadapan.

Kedua-dua Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel (Czi) Widiyanto dan Kolonel Zaenal Arifin juga membuat kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan kedua-dua Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Lantikan Kolonel (Czi) Widiyanto sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam berkuatkuasa mulai 02 September 2015. Kolonel Zaenal Arifin dijangka akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam pada bulan November 2018.