EAST MALAYSIA, Friday, 19 October 2018 – The opening ceremony of Exercise MALBRU Setia Siri 14/2018 involving personnel from Company C, Second Battalion, Royal Brunei Land Force (RBLF) and 20th Battalion from Royal Malay Regiment (RMR) took place at Parade Square 20 RMR, Sri Miri Camp, Sarawak Malaysia.

Present as the guest of honour was Yang Berbahagia Lieutenant General Datuk Stephen Mundaw, Commander, Army Field Command East, Malaysian Army and Colonel Haji Damit bin Haji Bakar, Deputy Commander of RBLF.

The ceremony included the presentation of the armbands to the Exercise Director, Chief Blue Forces and Chief Enemy by the Deputy Commander of RBLF while the Commander, Army Field Command East, Malaysian Army presented the armbands to the Chief Umpire. The ceremony continued with a speech from Yang Berbahagia Lieutenant General Datuk Stephen Mundaw and the exchange of mementoes. The ceremony concluded with the recitation of doa and a photo session. 

The exercise begins from 19 October 2018 and will end on 27 October 2018. This year’s exercise is based on Advance and Attack. Movement for the exercise will start from Bekenu area to the final attack which will take place at the SOP Galah Field. A total of 118 RBLF personnel headed by Major Muhammad Hishamuddin bin Marzoki, Commanding Officer of A Company, 2nd Bn RBLF participated in the exercise.

Meanwhile, the opening ceremony of Exercise Mertak Bersatu Siri 11/2018 also took place on Saturday, 20 October 2018 at Kota Belud, Sabah. The exercise involves the combined participation of Mortar Platoons by three units from RBLF and 3rd Brigade, 5th Brigade and 9th Brigade from the Malaysian Army. Yang Berbahagia Lieutenant General Datuk Stephen Mundaw and Colonel Haji Damit bin Haji Bakar were also the guests of honour for the opening ceremony.

The exercise began from 16 October 2018 and will end on 27 October 2018. A total of 107 RBLF personnel was led by Major Azaman bin Haji Hussin, Officer Commanding, Command Company, 2Bn RBLF. This year’s exercise will be based on conventional warfare with the live-firing of mortars at Lapang Sasar Udara (LASARUD) shooting range. 

The two exercises are aimed to enhance the cooperation and strengthening the relations between the Malaysian Army and RBLF. They also allow both countries to partake in joint training in accordance to each respective country’s Standard Operating Procedures.





UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS MALBRU SETIA SIRI 14/2018 DAN EKSESAIS MERTAK BERSATU SIRI 11/2018

MALAYSIA TIMUR, Jumaat, 19 Oktober 2018 – Upacara pembukaan rasmi Eksesais MALBRU Setia siri 14/2018 yang melibatkan anggota-anggota daripada Kompeni C Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah diadakan bertempat di Padang Kawad 20 RAMD, Kem Sri Miri, Sarawak Malaysia.

Hadir selaku tetamu kehormat semasa upacara tersebut adalah Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima Medan Timur Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, Timbalan Pemerintah TDDB.

Upacara dimulakan dengan pemasangan toha yang disampaikan oleh Timbalan Pemerintah TDDB kepada Pengarah Latihan, Ketua Pelaku Biru dan Ketua Musuh, manakala Panglima Medan Timur TDM menyampaikan kepada Ketua Wasit. Upacara diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw diikuti dengan pertukaran cenderahati. Upacara diakhiri dengan doa dan sesi bergambar ramai.

Eksesais tersebut dilaksanakan bermula pada 19 Oktober 2018 dan akan berakhir pada 27 Oktober 2018. Eksesais pada tahun ini berasaskan fasa ofensif iaitu mara dan serangan. Pergerakan dimulakan dari kawasan Bekenu yang mana serangan akhir akan dilaksanakan di Ladang SOP Galah. Seramai 118 anggota TDDB yang diketuai oleh Mejar Mohd Hishamuddin bin Marzoki, Pegawai Memerintah Kompeni A, Batalion Kedua TDDB menyertai Eksesais tersebut.

Manakala, upacara pembukaan rasmi Eksesais Mertak Bersatu Siri 11/2018 juga telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 20 Oktober 2018 di Kota Belud, Sabah. Eksesais ini melibatkan gabungan Platun Mertak daripada tiga unit Tentera Darat Diraja brunei (TDDB) dengan gabungan daripada 3 Briged, 5 Briged dan 9 Briged daripada Tentera Darat Malaysia (TDM). Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw dan Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar juga hadir dalam upacara tersebut selaku tetamu kehormat.

Seramai 107 anggota TDDB yang diketuai oleh Mejar Azaman bin Haji Hussin, Pegawai Memerintah Kompeni Memerintah, Batalion Kedua TDDB. Eksesais bermula pada 16 Oktober dan berakhir pada 27 Oktober 2018. Eksesais pada tahun in berasaskan fasa konvensional dengan pengunduran dan menembak peluru hidup mortar di tapak tembak Lapang Sasar Udara (LASARUD).

Kedua-dua Eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan persahabatan di antara pihak TDM dan pihak TDDB. Ianya juga dapat meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak di dalam melaksanakan latihan bersama berpandukan kepada kesesuaian prosedur tetap operasi Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.