
BOLKIAH GARRISON, Friday, 5 October 2018 – In a bid to engage and understand the community within the Ministry of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof has been making working visits around the Ministry since his appointment as the Second Minister of Defence on 31 January 2018.
This week concludes the last of his visit series to the major directorates and departments, which included the Directorate of Administration and Manpower, Directorate of Finance and Acquisition, Directorate of Development and Work Services, Directorate of Defence Policy, Directorate of Intelligence, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Centre of Science and Technology Research and Development, amongst the rest.
During the visits, Yang Berhormat the Second Minister of Defence took the opportunity to meet with the officers and staff of the directorates, and to tour around the offices. The visits were conducted as dialogue sessions where the officers and staff were able to interact and engage directly with the Second Minister of Defence and at the same time, provide him a more holistic understanding of the directorates’ strategic objectives, priorities, and challenges faced.
Yang Berhormat the Second Minister of Defence will continue his visit series with the remaining units of the Ministry and also the Royal Brunei Armed Forces.




LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KEDUA KE JABATANARAH-JABATANARAH KEMENTERIAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 5 Oktober 2018 – Dalam usaha untuk melibatkan dan memahami komuniti warga Kementerian Pertahanan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof telah membuat kunjungan kerja ke beberapa jabatanarah di Kementerian Pertahanan sejak perlantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan Kedua pada 31 Januari 2018.
Minggu ini telah menyimpulkan siri kunjungan kepada jabatanarah-jabatanarah dan jabatan-jabatan utama, yang antaralain termasuk Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Jabatanarah Dasar Pertahanan, Jabatanarah Perisikan, Institut Pengajian Pertahanan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi.
Semasa lawatan kerja, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pegawai dan kakitangan dalam Jabatanarah masing-masing, dan juga melawat sekitar pejabat. Lawatan-lawatan tersebut dianjurkan dalam dialog format, di mana para pegawai dan kakitangan dapat berinteraksi secara langsung dengan Yang Berhormat Menteri Pertahanan, dan pada masa yang sama, memberi beliau pemahaman yang lebih holistik mengenai objektif strategik, keutamaan dan cabaran yang dihadapi.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua akan meneruskan siri lawatan tersebut dengan mengunjung unit-unit yang lain Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.