BOLKIAH GARRISON, Thursday, 4 October 2018 – The 26th Executive Development Programme Middle Management Officers’ (EDPMMO), a 4-week attachment programme at the Ministry of Defence, marked its final day today with a sharing session held at the Tower Block, Ministry of Defence.

The sharing session was delivered by two EDPMMO participants, Dayang Hajah Syazwani Azah binti Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Abu Bakar, Senior Biomedical Engineer from Healthcare Technolgy Department, Ministry of Health and Awang Asulham Rane bin Mohammad Ashrane, Chief Narcotic Officer II at the Narcotics Control Bureau, Prime Minister’s Office.

This sharing session highlighted the current cooperation between the Ministry of Defence and their organisations, as well as recommendations on possible collaborative opportunities that can be explored in the future to achieve whole-of-nation approach through continuous cooperation between the ministries.

Present during the session were the Permanent Secretaries of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. Also in attendance were the Deputy Permanent Secretaries of Defence, directors, senior officers and officers in the Ministry.

The attachment programme began on 10 September 2018 and is part of the EDPMMO Programme organised by the Public Service Department and the University of Technology Brunei. The programme aims to expose officers to different work cultures as well as to learn best practices from the organisation that could be adapted to their respective department/ministry.



SESI KONGSISAMA PEGAWAI-PEGAWAI PENGURUSAN PERTENGAHAN (EDPMMO), JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENUTUP TIRAI

BOLKIAH GARISON, Khamis, 4 Oktober 2018 – Program Penempatan Sementara selama 4 minggu di Kementerian Pertahanan bagi dua orang pegawai Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) kali ke-26 telahpun menutup tirainya hari ini dengan Sesi Kongsisama yang telah diadakan di Blok Menara, Kementerian Pertahanan.

Sesi Kongsisama telah disampaikan oleh Dayang Hajah Syazwani Azah binti Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Abu Bakar, Jurutera Perubatan Hayat Kanan, di Jabatan Perkhidmatan Teknologi Penjagaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Awang Asulham Rane bin MohammaAshrane, Ketua Pegawai Narkotik II di Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri.

Sesi Kongsisama ini menekankan bidang-bidang kerjasama masakini di antara Kementerian Pertahanan dan organisasi luar, dan juga perkara yang boleh diterokai di masa akan datang bagi Kementerian Pertahanan dan Jabatan pegawai masing-masing untuk mencapai pendekatan whole of nation melalui kerjasama padu di antara kementerian-kementerian.

Hadir pada Sesi Kongsisama ini Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. Juga turut hadir Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai di Kementerian Pertahanan.

Program penempatan ini dijalankan mulai 10 September 2018 dan merupakan sebahagian daripada modul Program EDPMMO yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Universiti Teknologi Brunei. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pegawai berkenaan kepada persekitaran budaya kerja yang berbeza disamping dapat mempelajari amalan-amalan terbaik organisasi yang boleh dipraktikan setelah bertugas semula di Jabatan / Kementerian masing-masing.