BOLKIAH GARRISON, Friday, 21 September 2018 – In celebrating the new Islamic year 1440 Hijrah and to reflect on the history of Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam and his companions, the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a religious talk at the Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison. 

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

The ceremony began with the reciting of Surah Al-Baqarah and Surah Ar-Rahman, followed by the religious talk titled
“Hijrah Dalam Kepimpinan” delivered by Major Ariffin bin Amit, Acting Head of Religious Department of RBAF where he highlighted the core leadership values that a leader should embody to facilitate a cooperative environment in an organisation, in which the message was similarly articulated in the parable of the Prophet’s migration and journey. 

The event was also attended by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, RBAF Commander, Permanent Secretaries, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, senior officers, and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The event is hoped to strengthen the friendship among members of the Ministry of Defence and RBAF. At the same time, the lessons on the historical Hijrah that Prophet Muhammad (PBUH) and his companions made, and their courage and patience to face the struggles and challenges that arose in carrying out the orders of Allah Subhannahu Wata’ala, was hoped to inspire the personnel of Ministry of Defence and RBAF to foster a culture of teamwork and other core RBAF values in order to make meaningful contributions to the defence of the nation.  

In line with this morning’s message of collaboration and teamwork, and to also foster the spirit of whole-of-government approach with other uniformed organisations, the event was also attended by the Brunei Fire and Rescue Department. Also present as a special guest was Colonel (Retired) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said, Director of National Disaster Management Centre and Acting Director of Fire and Rescue Department.



KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGANJURKAN CERAMAH AWAL TAHUN BARU 1440 HIJRAH

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 21 September 2018 – Dalam menyemarakkan lagi Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440 Hijrah dan menanam penghayatan terhadap peristiwa hijrah Baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam serta para sahabat baginda, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Ceramah Sambutan  Awal Tahun 1440 Hijrah bertempat di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Majlis tersebut dimulakan dengan tadarus Surah Al-Baqarah dan Surah Ar-Rahman, turut diserikan lagi dengan ceramah bertajuk “Hijrah Dalam Kepimpinan” yang disampaikan oleh Mejar Ariffin bin Amit, Pemangku Ketua Jabatan Agama ABDB yang mana beliau menekankan ciri-ciri utama kewibawaan seorang pemimpin dalam membentuk satu organisasi yang saling bekerjasama dan bantu-membantu, yang mana dikongsikan oleh peristiwa hijrah Baginda.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha-setiausaha Tetap, Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. 

Acara ini diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Di samping itu penghayatan terhadap peristiwa hijrah Baginda Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wasallam dan para Sahabat r.a serta keberanian dan kesabaran Baginda mahupun para sahabat dalam mengharungi berbagai dugaan serta cabaran dalam melaksanakan amanah Allah Subhannahu Wata’ala menerusi perintah hijrah tersebut, diharap dapat dijadikan contoh dalam memantapkan lagi budaya kerja berpasukan dan nilai-nilai teras ABDB yang lain dalam memberi sumbangan bermakna kepada pertahanan Negara. 

Sejajar dengan tema kerjasama dan saling bantu-membantu dalam ceramah pagi ini, dan juga untuk memupuk usaha pendekatan keseluruhan kerajaan dengan organisasi berseragam yang lain, acara ini juga dihadiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei. Turut hadir sebagai tetamu khas ialah Kolonel (Bersara) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said, Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan dan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Peneyelamat Brunei.