BOLKIAH GARRISON, Thursday, 20 September 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence today received an introductory call from Her Excellency Yoon Hyun Bong, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Korea to Brunei Darussalam.
During the call, both sides expressed satisfaction at the warm and friendly defence relations. The Second Minister of Defence and Her Excellency are optimistic and looked forward to enhance the bilateral defence relations between the two countries.
Defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Korea is fostered through exchanges of visits as well as regular interactions between both sides through various defence platforms. Defence relations is expected to grow further with the signing of the Memorandum on Defence Cooperation on 13 September 2018 in Seoul. Brunei Darussalam is currently the country coordinator for ASEAN-ROK dialogue relations (2018 – 2021).
Her Excellency Yoon Hyun Bong presented her Letter of Credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 6 July 2018.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DUTA BESAR REPUBLIK KOREA
BOLKIAH GARISON, Khamis, 20 September 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua hari ini menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Yoon Hyun Bong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menyatakan rasa puas hati atas hubungan pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Republik Korea yang baik. Menteri Pertahanan Kedua dan Puan Yang Terutama berasa yakin dan berharap untuk mencapai kemajuan yang berterusan dalam hubungan pertahanan di antara kedua-dua buah negara.
Hubungan pertahanan antara Brunei Darussalam dan Republik Korea telah diperkukuhkan melalui pertukaran lawatan dan interaksi-interaksi pegawai-pegawai kedua-dua buah negara dalam pelbagai platform pertahanan serantau. Hubungan pertahanan dijangka akan berkembang lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2018 di Seoul. Negara Brunei Darussalam kini merupakan Negara Penyelaras bagi Hubungan Dialog ASEAN-Republik Korea (2018 – 2021).
Puan Yang Terutama Yoon Hyun Bong telah memyembahkan Watikah Perlantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 6 Julai 2018.