BOLKIAH GARRISON, Monday, 17 September 2018 – The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received a farewell call by His Excellency Bravij Suwanpradhes, the outgoing Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam.
During the call, both sides exchanged warm words on the close bilateral relationship between both countries including in the defence field which has been progressing steadily over the years. These include interactions at various levels such as exchange of visits by both side’s defence and military officials, trainings and courses, and defence and military-related meetings and activities at bilateral and regional level.
On the same day, His Excellency Biravij Suwanpradhes also called on Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Both sides expressed hope that the active exchanges between both countries’ armed forces will continue to be enhanced.
His Excellency Bravij Suwanpradhes presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 23 March 2016.


MENTERIAN PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DUTA BESAR THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 17 September 2018 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Bravij Suwanpradhes, Duta Besar, Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.
Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar-tukar ucapan terima kasih di atas hubungan dua hala yang rapat dan berterusan di antara kedua-dua negara termasuk di bidang pertahanan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Ini termasuklah interaksi d pelbagai peringkat seperti pertukaran lawatan pertahanan dan ketenteraan di antara kedua-dua pihak, latihan dan kursus-kursus serta mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti pertahanan di peringkat dua hala dan serantau.
Pada hari yang sama, Tuan Yang Terutama Bravij Suwanpradhes juga membuat kunjungan perpisahan kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Kedua-dua pihak berharap pertukaran aktif di antara kedua-dua angkatan tentera akan terus ditingkatkan.
Tuan Yang Terutama Bravij Suwanpradhes telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan beliau ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac 2016.