BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 13 September 2018 – Members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Narcotics Control Committee made an introductory working visit to the Narcotics Control Bureau (NCB).
The delegation, led by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Force as the Chairman of the RBAF Narcotics Control Committee, was welcomed by the Acting Director of NCB, Haji Mohd Jaffari bin Haji Mahadi and other NCB senior officers.
The working visit aimed to acquaint the newly-appointed Chairman of RBAF Narcotics Control Committee with the roles of NCB and to also strengthen the long-standing cooperation between both agencies. The visit also presented the opportunity for both agencies to bolster mechanisms related to drug abuse such as prevention, rehabilitation and education programmes, and drug laws.
The visit also included a special briefing session conducted by the officers from the Enforcement and Intelligence Division, BKN, followed by a short tour to the Drug Prevention Education Gallery.

LAWATAN KERJA KE BIRO KAWALAN NARKOTIK (BKN) OLEH AHLI-AHLI JAWATANKUASA PUSAT KAWALAN NARKOTIK ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 September 2018 – Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Kawalan Narkotik (JPKN) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan lawatan kerja pengenalan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN).
Rombongan lawatan kerja pengenalan yang julung kali telah diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei selaku Pengerusi JPKN ABDB. Rombongan lawatan kerja tersebut telah disambut oleh Pemangku Pengarah BKN, Haji Mohd Jaffari bin Haji Mahadi yang turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan BKN.
Lawatan kerja ini bertujuan bagi Pengerusi JPKN ABDB yang baru dilantik untuk mengenali peranan-peranan BKN dan juga mengukuhkan jalinan kerjasama yang telah lama terjalin di antara kedua-dua agensi. Lawatan itu juga memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk memperkuatkan mekanisme berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti program pencegahan, pemulihan dan pendidikan, serta undang-undang dadah.
Lawatan tersebut turut merangkumi sesi taklimat khas dari beberapa orang pegawai dari Cawangan Pelaksana dan Risikan, BKN yang disusuli dengan segmen lawatan ke Galeri Pendidikan Pencegahan Dadah.