BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 4 September 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II received an introductory call from His Excellency Phonethavy Boutdara, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Lao People’s Democratic Republic (Lao PDR) to Brunei Darussalam today.
During the call, both the Minister of Defence II and Ambassador of Lao People’s Democratic Republic expressed pleasure at the friendly bilateral relations and affirmed the cooperation between Brunei Darussalam and Lao PDR through multilateral platforms such as the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and ADMM-Plus platforms.
His Excellency Phonethavy Boutdara, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Lao People’s Democratic Republic to Brunei Darussalam presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 7 July 2018.

DUTA BESAR RAKYAT LAO KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BUAT KUNJUNGAN PENGENALAN KE MENTERI PERTAHANAN II
BOLKIAH GARISON, Selasa, 4 September 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Phonethavy Boutdara, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam hari ini.
Seasa kunjungan hormat, Menteri Pertahanan II dan Tuan Yang Terutama telah menyuarakan rasa berpuas hati atas hubungan mesra dua hala dan mengesahkan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao menerusi landasan pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (ADMM) dan ADMM-Plus.
Tuan Yang Terutama Phonethavy Boutdara, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan Duta Besar Istimewa dan Mutlak kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Julai 2018.