BOLKIAH GARRISON, Thursday,

30 August 2018
– With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Air Chief Marshal TNI Yuyu Sutisna, Chief of Staff of Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU), was conferred the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and the TNI-AU.

The Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, presented the award to Air Chief Marshal TNI Yuyu Sutisna. 

Air Chief Marshal TNI Yuyu Sutisna is in Brunei Darussalam for the investiture ceremony and also his introductory visit to the RBAirF. Upon his arrival to the RBAirF Base, he was received with the Honourary Salute by the Guard of Honour comprising of personnel from the RBAirF, followed by the RBAirF Honourary Pilot Wing Presentation. Whilst in Brunei Darussalam, he also paid calls on the Minister of Defence II, Commander of RBAF, as well as the Commander of RBAirF.

During the call on the Minister of Defence II at Bolkiah Garrison, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof and Air Chief Marshal TNI Yuyu Sutisna affirmed the excellent ties that both countries enjoy at present, noting the robust bilateral cooperation through defence and military sectors, as well as, regional defence cooperation at the multilateral level.

Air Chief Marshal TNI Yuyu Sutisna was appointed the Chief of Staff, TNI-AU on 17 January 2018.






 

KEPALA STAF TNI – ANGKATAN UDARA DIANUGERAH LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT TUDB


BOLKIAH GARISON, Khamis, 30 Ogos 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Kepala Staf Angkatan Udara Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (KASAU TNI-AU), Marsekal TNI Yuyu Sutisna sebagai penghargaan jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TNI-AU.

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

Marsekal TNI Yuyu Sutisna sedang berada di Negara Brunei Darussalam bagi acara penganugerahan tersebut dan juga kunjungan pengenalan beliau ke TUDB. Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Rimba, Marsekal TNI Yuyu Sutisna disambut dengan Tabik Hormat daripada barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota TUDB, dan diteruskan dengan Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB. Semasa lawatan pengenalan ini, beliau telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan II, Pemerintah ABDB, dan Pemerintah TUDB. 

Dalam kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan II di Bolkiah Garison, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Marsekal TNI Yuyu Sutisna telah mengesahkan hubungan mesra yang terjalin di antara kedua belah negara melalui kerjasama yang mendalam dalam bidang pertahanan dan ketenteraan, serta kerjasama pertahanan serantau pelbagai hala.

Marsekal TNI Yuyu Sutisna telah mengambil alih tugas sebagai KASAU TNI – AU pada 17 Januari 2018.