TANAH JAMBU CAMP, Monday, 27 August 2018 – As part of the Ministry of Defence (MINDEF) Green Programme and to enhance the appearance of MINDEF’s estates, the Directorate of Development and Work Services (DDWS) held a joint tree-planting ceremony with the Defence Academy today.

A previous tree planting ceremony was held in 2015 when 60 trees were planted in and around Bolkiah Garrison.

The ceremony was officiated by the Guest of Honour, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.

Also in attendance were the Permanent Secretaries, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar and Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Commanders, Deputy Permanent Secretaries, Service Commandants, civilian and military directors, and invited guests from the Forestry Department, Ministry of Primary Resources and Tourism.

The types of trees planted are 14 native species Hibiscus Tiliaceus, 23 native species Callophyllum Innophyllum, 31 native species Casuarina Nobilis, and 26 native species Casuarina Equisitifolia, and 15 each of the landscape species Ficus, Bucida Molinetti, Eugenia, Tabebuia Rosea and Samanea Saman.

The landscape trees were selected to complement the commonly used decorative trees which are planted in MINDEF’s estates. A large number of native trees were planted to juxtapose the foreign landscape trees and to supplement the natural biodiversity within the area of the Defence Academy.

In total, 169 trees were planted on the day, out of which, 30 were contributed by Department of Environment, Park and Recreation (JASTRE), Ministry of Development, and 94 by the Forestry Department.




KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGAMALKAN SIKAP HIJAU DENGAN MAJLIS PENANAMAN POKOK

PERKHEMAHAN TANAH JAMBU, Isnin, 27 Ogos 2018 – Sebagai sebahagian daripada Green Programme Kementerian Pertahanan dan bagi memperbisaikan serta mempertingkatkan landskap estet-estet Kementerian Pertahanan, satu majlis penanaman pokok telah diadakan pada hari ini oleh Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK) bersama dengan pihak Akademi Pertahanan.

Majlis yang sama juga telah diadakan sebelumnya pada tahun 2015 dengan penanaman 60 batang pokok di persekitaran estet Bolkiah Garison.

Majlis telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir adalah Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar dan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pengarah-Pengarah Jabatanarah bagi Tentera dan Awam, Komandan-Komandan, tetamu-tetamu undangan dari Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Jenis-jenis pokok yang ditanam semasa upacara adalah 14 spesis asli Hibiscus Tiliaceus, 23 spesis asli Callophyllum Innophyllum, 31 spesis asli Casuarina Nobilis, dan 26 spesis asli Casuarina Equisitifolia, dan 15 bagi setiap satu daripada spesis landskap Ficus, Bucida Molinetti, Eugenia, Tabebuia Rosea dan Samanea Saman.

Pokok-pokok landskap telah dipilih untuk melengkapkan pokok-pokok hiasan yang biasa digunakan di estet Kementerian Pertahanan. Sebilangan besar pokok-pokok asli telah ditanam bagi membezakan pokok-pokok landskap asing dan menambah biodiversiti semulajadi dalam kawasan Akademi Pertahanan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 169 batang pokok telah ditanam pada hari ini, di mana sebanyak 30 batang pokok telah disumbang oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Kementerian Pembangunan, dan 94 batang pokok oleh Jabatan Perhutanan.