KAMPONG KILANAS, Saturday, 25 August 2018 – Members of the Kampong Kilanas Mosque Takmir Committee organised and performed the sacrificial ritual of the Korban in conjunction with the Hari Raya Aidil Adha 2018 / 1439H. The ceremony was conducted successfully with the endless assistance extended by Members of the Working Committee this year.
The objective of this Ceremony was to encourage the residents and the Muslim congregants of Kampong Kilanas Mosque to perform the sacrificial ritual as prescribed by the Islam. In addition, the ceremony also fostered a spirit of unity and cooperation during the ritual and distribution of the sacrificial meat.
This year, 32 local mosque congregants contributed five buffaloes to be sacrificed. The Guest of Honour during the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II and also Kampong Kilanas Mosque Takmir Committee Patron II, whom distributed the sacrificial meat to those who participated in the event. These also included those who were specially invited (those in need) around Kampong Kilanas, members of the Mosque Takmir Committee, Members of the Working Committee for the Ceremony and also members of the public present.



MAJLIS IBADAT KORBAN ANJURAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID KAMPONG KILANAS BAGI TAHUN 2018/1439H
KAMPONG KILANAS, Sabtu, 25 Ogos 2018 – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Kilanas menganjurkan dan menunaikan Majlis Ibadat Korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 2018 / 1439H. Majlis ini diungkayahkan dengan kerjasama dan kesepakatan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Ibadat Korban pada tahun ini.
Tujuan utama Majlis Korban diadakan ini adalah bagi menggalakkan penduduk kampong dan jemaah Masjid Kampong Kilanas untuk mengerjakan ibadat sunat berkorban sebagaimana yang dianjurkan dalam ugama Islam. Di samping itu, majlis juga dapat memupuk semangat bergotong-royong dan kerjasama serta perpaduan dalam mengungkayah perlaksanaan melapah dan pengagihan daging-daging korban.
Pada tahun ini dari hasil penyertaan jemaah masjid, sebanyak lima (5) ekor kerbau dikorbankan yang mana hasil dari tiga puluh dua (32) orang peserta ibadat korban. Tetamu Kehormat adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II dan juga selaku Penaung II Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Kilanas, yang mana menagihkan daging-daging korban kepada mereka yang ikut serta dalam majlis ini. Ini juga termasuk jemputan-jemputan khas (golongan Asnaf) di sekitar Kampong Kilanas, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Kilanas, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Ibadat Korban dan juga orang ramai yang turut hadir di majlis ini.