THAILAND, Monday, 20 August 2018 - Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made an introductory visit to Thailand from 19 to 21 August 2018.
Upon arrival at the Royal Thai Armed Forces Headquarters (RTARF HQ), the Commander of RBAF was welcomed by
General Dato Paduka Seri Tarnchaiyan Srisuwan, Chief of Defence Force, RTARF. He then inspected the Guard of Honour followed by a courtesy call on the Chief of Defence Forces, RTARF. During the call, both sides discussed on strengthening further military to military cooperation which include exchanges of high level visits, as well as personnel courses and trainings between RBAF and RTARF.
As part of the visit, the Commander of RBAF also had the opportunity to visit the Counter Terrorist Operations Center (CTOC). The CTOC was established in affiliation with the RTARF HQ as a body that coordinates counter terrorism measures across various agencies.
The Commander of RBAF and delegation also attended the official dinner hosted by Chief of Defence Forces, RTARF.
The visit is aimed to further enhance the existing bilateral military ties between the two Armed Forces in general.




PEMERINTAH ABDB MENGADAKAN LAWATAN PENGENALAN KE THAILAND
THAILAND, Isnin, 20 Ogos 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan lawatan pengenalan ke Thailand bermula pada 19 hingga 21 Ogos 2018.
Semasa ketibaan di Markas Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, kedatangan Pemerintah ABDB dialu-alukan oleh Jeneral Dato Paduka Seri Tarnchaiyan Srisuwan, Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand. Seterusnya, Pemerintah ABDB memeriksa kawalan kehormatan dan diikuti dengan kunjungan muhibbah ke atas Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand yang mana kedua belah pihak membincangkan mengenai peluang-peluang untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan termasuk lawatan rasmi, kursus dan latihan di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Pemerintah ABDB juga berpeluang untuk melawat
Counter Terrorist Operations Center yang ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara yang berhubungkait bagi menangani isu-isu keganasan di antara pelbagai agensi.
Pemerintah ABDB dan rombongan juga menghadiri majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua Angkatan Tentera secara amnya.