
BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 14 August 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a working visit from members the Ex-Soldiers Association of Brunei Darussalam led by its President, Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad.
The working visit was an opportunity for the previous and current servicemen to reconnect, and at the same time, discuss matters related to the interest of the association.
Since its establishment in 1992, the Ex-Soldiers Association of Brunei Darussalam was involved in various national activities and regional interactions such as the annual meeting of the Veterans Confederation of ASEAN Countries (VECONAC) which Brunei Darussalam was Chair from 2016 to 2018.

LAWATAN KERJA DARIPADA PERSATUAN BEKAS PERAJURIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 14 Ogos 2018 – Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima lawatan kerja daripada Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad, Presiden Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.
Lawatan kerja ini adalah peluang bagi para bekas perajurit dan anggota ABDB yang masih berkhidmat untuk meneruskan hubungan persahabatan, dan pada masa yang sama, membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan persatuan.
Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam sejak mula pertubuhannya pada tahun 1992 terlibat dalam pelbagai aktiviti di dalam negara mahupun interaksi di rantau khasnya mesyuarat tahunan ‘Veterans Confederation of ASEAN Countries (VECONAC)’ yang mana Negara Brunei Darussalam adalah Pengerusi pada tahun 2016 hingga 2018.