BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 23 July 2018 – The Embassy of the People’s Republic of China in Brunei Darussalam hosted a reception to celebrate the 91st Anniversary of the founding of the Chinese People’s Liberation Army (PLA) this Monday evening. Customarily celebrated on the 1 August, the event brought together over 260 guests from the Royal Brunei Armed Forces, the Royal Brunei Police Force, government agencies, envoys and defence representatives from diplomatic missions, representatives from the Chinese community and Chinese institutions in Brunei Darussalam.
The Guest of Honour for the night was Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. The arrival of Yang Berhormat Second Minister of Defence was welcomed by Her Excellency Yang Jian, Ambassador of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam and Senior Colonel Wu Geng, the Chinese Defence Attaché to Brunei Darussalam.
The reception showcased the growth and progress of the PLA, and its contributions to the region. The Royal Brunei Armed Forces and the Chinese People’s Liberation Army have regular professional interactions which are a testament to the warm and friendly bilateral defence relationship between both countries. Brunei Darussalam and the People’s Republic of China signed the Memorandum of Understanding (MoU) on Military Exchanges on 12 September 2003, and relations were further cemented with the signing of MoU on Strengthening Defence Cooperation on 13 September 2017.


MENTERI PERTAHANAN KEDUA HADIRI MAJLIS RESEPSI ULANG TAHUN KE-91 PENUBUHAN TENTERA PEMBEBASAN RAKYAT CHINA
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Julai 2018 – Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Brunei Darussalam telah menganjurkan satu majlis resepsi untuk menyambut Hari Ulang Tahun ke-91 Penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) pada malam Isnin ini. Secara tradisinya diadakan pada setiap 1 Ogos, majlis resepsi ini dihadiri oleh 260 tetamu dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, agensi kerajaan, utusan dan perwakilan pertahanan dari misi diplomatik lain, wakil masyarakat Cina dan institusi Cina di Negara Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Kehadiran Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dialu-alukan oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan Atase Pertahanan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Senior Colonel Wu Geng.
Majlis resepsi tersebut mempamerkan penubuhan dan pencapaian PLA serta sumbangannya kepada rantau ini. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Tentera Pembebasan Rakyat China mempunyai interaksi profesional yang kerap yang mencerminkan hubungan pertahanan dua hala yang mesra di antara kedua-dua negara. Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Pertukaran Ketenteraan pada 12 September 2003, dan diperkukuhkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman mengenai Memperkukuh Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2017.