BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 25 July 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence received a courtesy call today by a delegation of the Australian Parliament, led by Mr. Rowan Ramsey MP, Member of Parliament of Australia.  

The courtesy call aimed to reaffirm the close and long-standing bilateral defence relationship between both countries.

Both sides expressed pleasure at the progress on the defence cooperation achieved through exchanges of visits, policy meetings, exercises, trainings and courses for defence and military personnel. Yang Berhormat Pehin Minister of Defence II and Mr. Ramsey MP exchanged views on regional and global security issues, which include the growing threat of terrorism in the region. Both sides acknowledged the need to work closer together in addressing the issue.

In the wake of increasing threats of terrorism in the region, Australia had hosted the Sub-Regional Defence Ministers’ Meeting on Counter Terrorism that was held in Perth in the month of February this year, followed by a Senior Officials’ Meeting in the sidelines of the IISS Shangri-La Dialogue in the month of June. These meetings bolstered regional initiatives through sharing and exchanging of views, and by stepping up practical defence cooperation.

Present at the call were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of Ministry of Defence.

MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ROMBONGAN PARLIMEN AUSTRALIA

BOLKIAH GARISON, Rabu, 25 Julai 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan hormat dari rombongan parlimen Australia, yang diketuai oleh Tuan Rowan Ramsey MP, Ahli Parlimen Australia.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang erat dan lama dipupuk di antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak menghargai kemajuan yang dicapai oleh kedua-dua negara mengenai kerjasama pertahanan yang berbentuk pertukaran lawatan, mesyuarat di peringkat dasar pertahanan, eksesais, latihan dan kursus di kalangan anggota pertahanan dan tentera. Yang Berhormat Pehin Menteri Pertahanan II dan Tuan Ramsey MP juga berkesempatan bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau dan global, termasuk ancaman keganasan yang semakin meningkat di rantau ini. Kedua-dua pihak mengakui keperluan bagi meningkatkan kerjasama pertahanan untuk menangani isu tersebut.

Untuk menghadapi ancaman keganasan yang semakin meningkat, Australia telah menganjurkan satu Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Sub-Regional mengenai Anti-Pengganasan yang diadakan di Perth pada bulan Februari pada tahun ini, diikuti dengan satu Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan sebagai susulan di samping IISS Shangri-La Dialogue pada bulan Jun. Mesyuarat-mesyuarat tersebut meningkatkan inisiatif serantau untuk menangani ancaman keganasan menerusi pertukaran pandangan, dan juga kerjasama praktikal.

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), and Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.