BERAKAS GARRISON, Friday, 20 July 2018 – A thanksgiving “Jiwa Murni” ceremony for prospective Hajj pilgrims from the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was held this morning at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was the Minister of Defence II, The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

A total of 96 pilgrims including family members will embark on the Hajj journey this year, 22 of whom are MINDEF civilians, 23 RBAF personnel and 51 RBAF retirees.

The ceremony began with the recitation of surah Al-Fatihah and surah Yassin led by Ustaz Pengiran Azrin bin Pengiran Jarali, Assistant Head of RBAF Religious Department, followed by a religious talk entitled “Meraih Keredhaan Allah Selaku Duyufurrahman” delivered by Ustaz Awang Naqib bin Haji Awang, Senior Religious Officer, RBAF Religious Department and then a speech by the organising committee chairman, Lieutenant Commander Malai Haszharin bin Malai Yusoff, RBN.

In closing, the Guest of Honour and spouse, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili presented donations and gifts consisting of medical supplies to the pilgrims, Doa Selamat was read by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.

Also in attendance were the Commander of the RBAF, Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Service Commanders, Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), Commandants, civilian and military directors, senior officers, and officers from the Ministry of Defence and RBAF.


MAJLIS JIWA MURNI 2018/1439H BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB

BERAKAS GARISON, Jumaat, 20 Julai 2018 – Majlis Doa Kesyukuran Jiwa Murni bagi bakal-bakal jemaah Haji Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan pagi ini di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Seramai 96 bakal-bakal haji termasuk ahli keluarga akan menunaikan fardhu Haji, di mana 22 daripadanya adalah kakitangan awam Kementerian Pertahanan, 23 orang anggota ABDB dan 51 orang anggota ABDB yang bersara.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Azrin bin Pengiran Jarali, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB dan diikuti dengan penyampaian takzirah Ibadah Haji bertajuk “Meraih Keredhaan Allah Selaku Duyufurrahman” yang disampaikan oleh Ustaz Awang Naqib bin Haji Awang, Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Ugama ABDB dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Leftenan Komander Malai Haszharin bin Malai Yusoff, TLDB.

Tetamu Kehormat dan isteri, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili juga telah berkesudian menyampaikan sumbangan derma dan cenderakasih berupa pakej ubat-ubatan kepada bakal-bakal haji. Doa selamat telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Komandan-Komandan, pengarah-pengarah awam dan tentera, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.