BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 18 July 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from His Excellency Craig Boyd Allen, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the United States of America to Brunei Darussalam today.




During the call, the Commander of RBAF extended his utmost appreciation for the continuous support in the military-to-military engagements between Brunei Darussalam and the United States of America. The Commander of RBAF assured His Excellency that the momentum of the good relationship and cooperation between both countries will be maintained in the future. Commander RBAF wished His Excellency the best of luck for his future endeavors. 




His Excellency Craig Boyd Allen presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 9 March 2015.




PEMERINTAH ABDB TENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DUTA BESAR AMERIKA SYARIKAT KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Rabu, 18 Julai 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.




Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan yang berterusan melalui aktiviti-aktiviti ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Pemerintah ABDB juga memberikan keyakinan kepada Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen bahawa hubungan baik dan kerjasama di antara kedua buah negara akan diteruskan pada masa akan datang. Pemerintah ABDB juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.  




Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan beliau ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 9 Mac 2015.