BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 6 June 2018 – In conjunction with the holy month of Ramadhan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) held a Khatam Al-Quran Ceremony at Masjid Sufri Bolkiah in Kampung Perpindahan Berakas. 

The Guest of Honour was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II in his capacity as the Chairman of Perbadanan TAIB’s Board of Directors.

Also in attendance was Dato Paduka Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Deputy Minister of Finance and also Deputy Chairman of Perbadanan TAIB’s Board of Directors, as well as other members of the Perbadanan TAIB Board of Directors and its subsidiaries, members of Syariah Advisory Committee, and the management and staff members.

The ceremony began with a recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the reading of the Khatam Al-Quran and a Doa Selamat.

The event then commenced with the presentation of five separate donations to the Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah Fund for Orphans (DANA). A total of BND$131,660.00 was donated, where Perbadanan TAIB donated a total of BND$100,000.00, and Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd, Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd, and Darussalam Holdings Sdn Bhd donated a total of BND$10,000.00 each. In addition, the officers and staff of Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd and its subsidiaries donated a total of BND$1,660.00. The donations were presented by the Chairman of Perbadanan TAIB’s Board of Directors and received by Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Chief Executive Officer of DANA.  

Other contributions from Perbadanan TAIB and its subsidiaries, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd and Darussalam Holdings Sdn Bhd were presented to the orphans of those families working in Perbadanan TAIB and its subsidiaries and Kampung Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’. A Waqaf in the form of Public Address system (PA system) was also handed over to the Imam of Masjid Sufri Bolkiah.   

The ceremony ended with the breaking of fast and mass Maghrib prayer.





PERBADANAN TAIB ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Jun 2018 – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan di Masjid Sufri Bolkiah, Kampung Perpindahan Berakas.

Hadir sebagai Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dalam kapasiti sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan,Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran dan Doa selamat.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian lima sumbangan berasingan kepada Dana Duli Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim. Sejumlah BND$131,660.00 disumbangkan, di mana Perbadanan TAIB memberikan derma sebanyak BND$100,000.00 dan Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd, Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd, dan Darussalam Holdings Sdn Bhd telah menyumbangkan sejumlah BND$10,000.00 masing-masing. Di samping itu, pegawai dan kakitangan Insuran Islam TAIB Sdn Bhd dan Anak-Anak Syarikatnya menyampaikan derma berjumlah BND$1,660.00. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB dan diterima oleh Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

Sumbangan lain dari Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd telah disampaikan kepada anak-anak yatim warga kerja Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya serta Kampung Jaya Setia, Mukim Berakas ‘A’. Waqaf dalam bentuk sistem PA juga diserahkan kepada Imam dalam Masjid Sufri Bolkiah.

Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah.