BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 5 June 2018 – The Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah held a Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the holy month of Ramadhan and the Closing of the 25-times Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the Silver Jubilee of the establishment of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, attended the event in the capacity as the Chairman of the Yayasan Executive Committee.
The event was held at the Jame’ Asr Hassanil Bolkiah in Kampong Kiarong.
Upon arrival, His Royal Highness was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II as Chairman of the Yayasan Board of Directors, and Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Minister of Finance II as Deputy Chairman of the Yayasan Board of Directors.
The religious gathering commenced with the recitation of Takhtim Al-Quran by 25 readers comprising of officers and staff of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. The Doa Takhtim Al-Quran and Doa Khatam were led by Ustaz Dr Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, a teacher from Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah School.



MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA JUBLI PERAK PENUBUHAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Jun 2018 – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadan 1439H/2018M dan Penutup Pembacaan 25 Kali Khatam Al-Quran Sempena Jubli Perak Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan (Chairman of the Yayasan Executive Committee).
Majlis diadakan di Masjid Jame’ Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong tersebut dijunjung oleh Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan bersama Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan takhtim Al-Quran oleh pembaca-pembaca terdiri dari 25 orang pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Bacaan takhtim Al-Quran dan Doa Khatam dipimpin oleh Ustaz Dr Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq, Guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Sebagai tanda kesyukuran dalam meraikan ulang tahun Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ke-25 pada 5 Oktober 2017, seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyertai khatam Al-Quran sebanyak 25 kali.
Aturcara majlis diteruskan dengan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar’ie, Mahkamah Syariah dan kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa.
Majlis diteruskan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.