
RIMBA AIR BASE, Tuesday, 5 June 2018 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has donated to a total of 133 orphans from 61 families of former RBAF personnel in a ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ charity event at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
Every year during the month of Ramadhan, the RBAF organises such welfare activities to remember those servicemen / servicewomen whom had departed. The charitable donations are hoped to ease the financial burdens and bring Hari Raya joy to the orphans for the upcoming Hari Raya Aidilfitri.
The Guests of Honour at the ceremony to present the donations were the Commander of RBAF, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud and his spouse, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.
Also present at the ceremony were Service Commanders and Commandants, RBAF senior officers with their spouses, RBAF officers, other ranks personnel and families of the orphans.
The ceremony began with a mass reading of the Surah Yasin, Tahlil and ‘Doa Arwah’ led by Major Ariffin bin Amit @ Hamid, Deputy Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT) followed by the presentation of the donations.
The donations were raised by the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, the RBAF Cooperative Limited (Kowira), the RBAF Wives Welfare Committee (BAKTI) and individual donors.





ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 5 Jun 2018 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 133 anak yatim daripada 61 keluarga terdiri daripada bekas anggota-anggota (ABDB) dalam Majlis ‘Sentuhan Kasih Ramadhan’ ABDB di Surau
Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Setiap tahun di bulan Ramadan, ABDB mengungkayahkan acara berkebajikan bertujuan untuk mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Sumbangan derma itu diharapkan meringankan beban dalam membuat persiapan dan juga, memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan isteri,
Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-Komandan, pegawai-pegawai kanan ABDB berserta isteri, para pegawai tentera, lain-lain peringkat serta juga keluarga anak-anak yatim.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan bacaan Tahlil beramai-ramai serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT) diikuti dengan penyampaian derma.
Sumbangan-sumbangan adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, Koperasi ABDB (KOWIRA), Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), dan penderma-penderma perseorangan.