BOLKIAH GARRISON, Thursday, 31 May 2018 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended a thanksgiving ceremony to mark the 57th  anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today. The thanksgiving ceremony was held at Surau Ad-Difa’, Ministry of Defence.

Upon arrival, His Royal Highness was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Laila Raja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The ceremony began with a recital of Al-Quran by Corporal Nazirul bin Hj Asmat and mass Zohor prayers by Imam Zulfadhli bin Haji Awang. This was followed by a reading of Surah Yassin, Tahlil and thanksgiving prayers led by Imam Shuib bin Haji Abdullah.

After the prayers, His Royal Highness received a Junjung Ziarah by those present. This was followed by the signing of a Royal Parchment to commemorate the event and a photo session.

The theme of the RBAF’s 57th anniversary celebration is “Bersama Menjayakan Wawasan Negara”, with the grand celebration to be held on 1st July 2018 at Penanjong Garrison.

Also present at the ceremony were previous Deputy Ministers of Defence and Commanders of RBAF, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, the Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Service Commanders and Joint Force Commander, Deputy Permanent Secretary (Technology And Development), Directors, Commandants, and senior officers of the Ministry of Defence and RBAF, as well as other invited guest.

DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ABDB KE-57

BOLKIAH GARISON, Khamis, 31 Mei 2018 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-57 pada hari ini. Majlis Doa Kesyukuran tersebut telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Kementerian Pertahanan.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Laila Raja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof, Menteri Pertahanan Kedua dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Kopral Nazirul bin Haji Asmat dan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah yang dipimpin oleh Imam Zulfadhli bin Haji Awang. Majlis kemudian diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Imam Shuib bin Haji Abdullah.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima Junjung Ziarah bersama mereka yang hadir, sebelum berkenan menandatangani Lembaran Kenangan dan dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

Turut hadir ialah mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama, Timbalan Setiausaha Tetap Teknologi dan Pembangunan, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB serta para jemputan khas.

Tema Sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-57 ialah ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’, dengan upacara kemuncak sambutan yang akan diadakan pada 1 Julai 2018 di Penanjong Garison.