TEMBURONG, Wednesday, 30 May 2018 – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah continued its charity programme in conjunction with the holy month of Ramadhan in Brunei and Muara District and Temburong District today. A total of 80 families consisting of senior and underprivileged citizens received monetary and food contributions from the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
The donation, in line with the charitable and philanthropic policy of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hopes to help the recipients during the holy month of Ramadhan and prepare for Hari Raya Aidilfitri.
Handing over the donation to 48 families in Temburong District was Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, in his capacity as Chairman of the Yayasan Board of Directors, at the Multipurpose Hall of the National Service Program (PKBN), Mukim of Batu Apoi, Temburong.
Meanwhile, the contribution to 34 families in the Brunei and Muara District was presented by Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Member of the Yayasan Board of Directors, at the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Multipurpose Hall Complex, Bandar Seri Begawan.


PROGRAM AMAL YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SEMPENA BULAN RAMADHAN DI DAERAH BRUNEI-MUARA DAN DAERAH TEMBURONG
TEMBURONG, Rabu, 30 Mei 2018 – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah meneruskan program amal sempena bulan Ramadhan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong pada hari ini. Sebanyak 80 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang memerlukan bantuan dari beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui program amal sempena bulan Ramadhan ini.
Selaras dengan dasar penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang memerlukan bantuan, sumbangan ini bertujuan bagi membantu mereka dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadhan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada 48 buah keluarga di Daerah Temburong disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan di Dewan Serbaguna Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Mukim Batu Apoi, Temburong.
Sementara sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada 34 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan di Dewan Serbaguna Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.