TUTONG, Tuesday, 29 May 2018 – Fifty-four families comprising of senior and underprivileged citizens from several villages in Tutong and Belait districts received monetary and food donations from the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah’s charity programme in conjunction with the holy month of Ramadhan.
The donation, in line with the charitable and philanthropic policy of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hopes to help the recipients during the holy month of Ramadhan and prepare for Hari Raya Aidilfitri.
The presentation of donation to 35 families in Tutong District was held at Kampong Penanjong Mosque. handing over the donation was the Seond Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, in his capacity as Chairman of the Yayasan Board of Directors.
Meanwhile, the presentation of the donation to 19 families was held at the multipurpose hall of Liang Recreation Club (LLRC) in Belait District. Presenting the donation was Minister of Development, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, a member of Yayasan Board of Directors.


PROGRAM AMAL YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SEMPENA BULAN RAMADHAN DI DAERAH TUTONG DAN DAERAH BELAIT
TUTONG, Selasa, 29 Mei 2018 – Seramai 54 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang memerlukan bantuan dari beberapa buah kampong di Dearah Tutong dan Belait menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam program amal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena bulan Ramadhan.
Selaras dengan dasar penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang memerlukan bantuan, sumbangan ini bertujuan bagi membantu mereka dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadhan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan memberikan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada 35 buah keluarga di Daerah Tutong disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan di Masjid Kampong Penanjong, Tutong.
Sementara sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada 19 buah keluarga di daerah Belait disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Ghafar, Menteri Pembangunan selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan di Dewan Serbaguna Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC), Lumut.