BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 23 May 2018 – A forum entitled ‘Policy, Guidelines And Mechanism In Strengthening The Working Relationship With The Local Mass Media’ was held by the Ministry of Defence today at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS). The forum was hosted by the Public Relations Unit (PRU), which featured a panel of officers from PRU, Pelita Brunei, Information Department at the Prime Ministers’ Office; Ministry of Home Affairs and Labour Department.
The forum aims to share knowledge with all members of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in understanding the procedures or processes of Public Relations in other government Departments/Ministries, particularly those involving the local media.
Present at the forum were Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Deputy Permanent Secretaries, Directors, officers and staff of the ministry.
The Wednesday Forum is a monthly event organised by the ministry with an objective of providing a platform for officers of the ministry to come together and address issues of common interest.


WEDNESDAY FORUM – DASAR, GARISPANDU DAN MEKANISMA DALAM MENGUKUHKAN HUBUNGAN KERJA BERSAMA MEDIA MASSA TEMPATAN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 Mei 2018 – Kementerian Pertahanan pada hari ini telah mengadakan forum bertajuk “Dasar, Garispandu Dan Mekanisma Dalam Mengukuhkan Hubungan Kerja Bersama Media Massa Tempatan” di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Forum tersebut telah dianjurkan oleh Unit Perhubungan Awam (UPA), yang mana ahli-ahli panel forum terdiri daripada pegawai-pegawai UPA, Pelita Brunei, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Buruh.
Forum ini bertujuan untuk memberikan laluan kepada perkongsian ilmu khususnya kepada warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam memahami tatacara atau proses kerja Jabatan Kerajaan/ Kementerian lain dalam dunia perhubungan awam, terutama sekali apa bila melibatkan media-media tempatan.
Hadir pada forum tersebut ialah Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pertahanan.
Wednesday Forum itu merupakan acara bulanan Kementerian Pertahanan yang dianjurkan dengan objektik untuk memberikan platform bagi pegawai-pegawai di kementerian untuk berbincang isu-isu kepentingan bersama.