MUARA COMMERCIAL WHARF, Monday, 30 April 2018 – The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed the arrival of the HMS ALBION, Royal Navy United Kingdom on 28 April 2018, that is currently visiting Brunei Darussalam until 2 May 2018. The ship is commanded by Captain Tim Neild, RN, and carries 325 crew onboard.
During the goodwill visit, Captain Tim Neild had separate calls to Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of RBN. Both sides commended the strong bilateral relationship between the navies of Brunei Darussalam and United Kingdom, which continues to progress over the years through training, courses and professional interactions.
The goodwill visit also included other interactions at various levels such as a lunch reception onboard the HMS ALBION, a senior rates interaction programme, a reception for the alumni of Britannia Royal Naval College, and sport activities.
The ship will also conduct a Passage Exercise with an RBN vessel, which is scheduled to take place on Wednesday, 2 May 2018.
The last visit to Brunei Darussalam by the Royal Navy UK was by HMS BULWARK and HMS OCEAN in 2009.


TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN MUHIBBAH KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA BRITISH
PELABUHAN MUARA, Isnin, 30 April 2018 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima kedatangan kapal HMS ALBION dari Tentera Laut Diraja British pada 28 April 2018, yang sedang membuat lawatan muhibbah ke Negara Brunei Darussalam hingga 2 Mei 2018. Kapal tersebut diketuai oleh Kepten Tim Neild, Tentera Laut Diraja British, dan diikuti oleh seramai 325 orang krew.
Semasa lawatan muhibbah tersebut, Kepten Tim Neild mengadakan kunjungan hormat yang berasingan kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Kedua belah pihak memuji hubungan dua hala yang erat terjalin di antara angkatan tentera laut Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom yang terus berkembang dari tahun ke setahun melalui latihan, kursus dan interaksi profesional.
Lawatan muhibbah juga termasuk interaksi lain di pelbagai peringkat seperti resepsi majlis makan tengahari di HMS ALBION, program interaksi PTB Kanan, majlis resepsi sempena Britannia Royal Naval College Alumni dan aktiviti sukan.
Kapal tersebut juga akan mengadakan Latihan Passage dengan kapal TLDB, yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 2 Mei 2018.
Lawatan Kapal Tentera Laut Diraja British yang terakhir ke Negara Brunei Darussalam adalah oleh HMS BULKWARK dan HMS OCEAN pada tahun 2009.