
PENANJONG GARRISON, Thursday, 19 April 2018 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince, Deputy Sultan, and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today visited and observe the Mobile Demonstration: Offensive Action on Jungle Fringe for the Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2018 at the Field Firing Area, Binturan Range, Penanjong Garrison.
Upon arrival at Binturan Firing Range, His Royal Highness the Crown Prince was welcomed by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence and Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces.
His Royal Highness the Crown Prince first visited the Battalion Command Post before proceeding for a group photograph session.
His Royal Highness the Crown Prince then received a briefing delivered by Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, the Chief Instructor of Training Institute, RBAF (TI RBAF), and later witnessed a Mobile Demonstration.
His Royal Highness the Crown Prince proceeded to receive a Pesambah from the event’s co-chairs, Training Institute, RBAF (TI RBAF) and British Forces Brunei (BFB). His Royal Highness then attended an afternoon tea reception.
Prior to departure, His Royal Highness signed a Royal Parchment and received junjung ziarah from the delegates taking part in the Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) and participants involved in the Mobile Demonstration, along with the High Commissioner and the Defence Advisor for the countries involved.
The Mobile Demonstration: Offensive Action on Jungle Fringe is the highlight of the Regional Jungle Warfare Symposium 2018 organised by TI RBAF and British Forces Brunei (BFB), the second since its inception in 2017. Apart from the syndicate discussions and presentations during the Symposium, the mobile live firing demonstration aims to further enhance practical knowledge in countering threats within the jungle as well as its fringes at tactical level which is in line with this year’s theme “Countering Current and Future Threats”.
The live firing demonstration is part of the collaborative effort between the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Airforce as well as the Second Battalion of the Royal Gurkha Rifles (2RGR).





DYTM PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA, TIMBALAN SULTAN BERANGKAT MENYAKSIKAN PERTUNJUKAN MOBILE DEMONSTRATION: OFFENSIVE ACTION ON JUNGLE FRINGE RJWS 2018
PENANJONG GARISON, Khamis, 19 April 2018 - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat untuk menyaksikan Mobile Demonstration: Offensive Action on Jungle Fringe Regional Jungle Warfare Symposium 2018 di Field Firing Area (FFA), Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Padang Tembak Binturan dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua; dan Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota seterusnya dijunjung berangkat melawat Batalion Command Post dan mendengar sembah taklimat disampaikan oleh Mejar Edd Oldfield, Ketua Staf, British Forces Brunei sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.
Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan mendengarkan sembah taklimat disampaikan oleh Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman Ketua Jurulatih, Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Selesai mendengarkan taklimat, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk menyaksikan pertunjukan Mobile Demonstration.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima pesambah daripada pihak pengerusi bersama, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan British Forces Brunei (BFB). Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menghadiri Majlis Santap Petang.
Sebelum berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani Lembaran Kenangan sebelum berkenan menerima junjung ziarah daripada delegasi yang menyertai Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) dan peserta-peserta yang terlibat di dalam Mobile Demonstration berserta Pesuruhjaya Tinggi dan Penasihat Pertahanan bagi negara-negara yang terlibat.
Regional Jungle Warfare Symposium 2018 merupakan anjuran Institut Latihan ABDB (IL ABDB) dan British Forces Brunei (BFB) di mana ia merupakan acara kedua sejak pertama kalinya diadakan pada tahun 2017. Pada kali ini, salah satu acara kemuncak simposium berkenaan adalah pertunjukan Mobile Demonstration yang tertumpu kepada perlaksanaan operasi offensive di persekitaran pinggir hutan (Jungle Fringe). Selain daripada pengongsian maklumat melalui sesi perbincangan dan taklimat semasa simposium tersebut, pertunjukan Mobile Demonstration berkenaan bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan praktikal diperingkat taktikal dalam menangani pelbagai ancaman dalam operasi hutan selaras dengan tema simposium pada tahun ini iaitu “Countering Current and Future Threats”.
Pertunjukan tersebut adalah usaha kerjasama antara Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei Brunei dan Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles (2RGR).