BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 18 April 2018 – The Second  Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, today received a farewell call by His Excellency Cho Won-myung, outgoing Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of Korea to Brunei Darussalam.

During the call, the Second Minister of Defence highlighted the friendly defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Korea, where both sides interact regularly through professional exchanges, visits, as well as goodwill ship visits. Both defence establishments also interact in multilateral forum such as ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus and the Seoul Defence Dialogue.

At the end of the call, the Second Minister of Defence hoped that the warm defence relations and cooperation that exist between Brunei Darussalam and Republic of Korea will continue to be further strengthened in the years ahead. He also wished His Excellency all the best and great success in his future undertakings.

His Excellency Cho Won-myung presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 26 November 2014.



MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI DUTA BESAR REPUBLIK KOREA 

BOLKIAH GARISON, Rabu, 18 April 2018 – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Cho Won-myung, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea yang akan menamatkan perkhidmatan di Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua membangkitkan mengenai hubungan dua hala pertahanan yang baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea yang mana kedua-dua pihak kerap berinteraksi melalui pertukaran profesional, lawatan dan lawatan kapal muhibbah. Kedua-dua buah institusi pertahanan juga berinteraksi dalam forum-forum pelbagai hala termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Negara Plus (ADMM-Plus) dan Seoul Defence Dialogue.

Di penghujung kunjungan, Menteri Pertahanan Kedua berharap hubungan dan kerjasama pertahanan yang mesra antara Negara Brunei Darusalam dan Republik Korea akan terus dipertingkatkan di masa depan. Menteri Pertahanan II juga menyampaikan harapan agar Tuan Yang Terutama akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya di masa akan datang.

Tuan Yang Terutama Cho Won-myung telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 November 2014 lalu.