KUALA LUMPUR, Tuesday, 17 April 2018 – The 16th edition of Defence Services Asia (DSA) 2018 is a prestigious international defence exhibition with participation from over 1,500 companies and 60 countries and is held at the newly opened Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), in Kuala Lumpur, Malaysia. The exhibition showcases the latest updates on defence industry development, technology, products and services in various defence and security fields.
The Second Minister of Defence, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, at the invitation of the Government of Malaysia, attended the exhibition.
The Second Minister of Defence also attended the Putrajaya Forum 2018 which was held in conjunction with DSA 2018. The theme of this year’s forum is “Recalibrating Regional Security Architecture”. The Forum was officiated by Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Prime Minister of Malaysia.
The Forum draws participations comprising policy makers, defence and security agencies, think tanks as well as academicians, to discuss and share knowledge to promote understanding on regional and international defence and security issues.
This morning, the Minister of Defence II called on Honourable Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Minister of Defence Malaysia, at MITEC, Malaysia where both sides discussed strategic regional and global security issues and expressed satisfaction on the close defence relations shared between both countries. Both sides also discussed future bilateral defence cooperation between both countries.
Also in attendance during the visit were the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, the High Commissioner of Brunei Darussalam to Malaysia, His Excellency Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, as well as senior officers from the Ministry of Defence and RBAF.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua bersama Rombongan semasa menghadiri Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 dan Putajaya Forum.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa kunjungan muhibah bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.
KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MENGHADIRI DSA YANG KE-16 2018
KUALA LUMPUR, Selasa, 17 April 2018 – Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 yang memasuki edisi ke-16 adalah salah satu pameran prestij pertahanan antarabangsa dengan penyertaan sebanyak 1,500 syarikat pertahanan dari 60 buah negara yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) yang baharu digunakan bagi tujuan ini di Kuala Lumpur, Malaysia. Pameran bertaraf antarabangsa ini memberikan maklumat mengenai perkembangan industri pertahanan, teknologi, produk dan perkhidmatan terkini dalam pelbagai bidang pertahanan dan keselamatan.
Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, atas undangan rasmi kerajaan Malaysia telah menghadiri pameran berkenaan.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua juga berpeluang menghadiri Putrajaya Forum 2018 yang diadakan bersempena dengan DSA 2018. Putrajaya Forum kali ini yang bertema “Recalibrating Regional Security Architecture” telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato ‘Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Forum tersebut menarik penyertaan daripada penggubal dasar, agensi pertahanan dan keselamatan, kumpulan pemikir dan ahli akademik, untuk berbincang dan berkongsi pengetahuan bagi memupuk pemahaman tentang pertahanan serantau dan antarabangsa dan isu keselamatan.
Pada pagi hari ini, Menteri Pertahanan Kedua mengadakan kunjungan muhibah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia di MITEC, Malaysia dimana kedua-dua Menteri bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu strategik keselamatan serantau dan antarabangsa. Kedua belah pihak juga menyatakan rasa puas hati dengan hubungan pertahanan yang erat di antara kedua buah negara dan seterusnya membincangkan rangka kerjasama pertahanan dua hala seterusnya dalam sama-sama mengukuhkan dan memantapkan hubungan erat ini.
Turut sama menghadiri acara tersebut ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.