TANAH JAMBU CAMP, Tuesday, 17 April 2018 – The Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2018 was officiated today by the Joint Force Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, at the Defence Academy RBAF, Kampung Tanah Jambu.
Speaking at the ceremony, the Joint Force Commander expressed hopes that the participating countries would benefit from this symposium as it presents opportunities for professional development, as well as, knowledge-sharing and exchanges amongst participants.
Held from 17 April 2018 to 20 April 2018, the RJWS is jointly organised by RBAF and British Forces Brunei (BFB), with the theme “Countering Current and Future Threats” this year. The symposium consists of keynote presentations and discussions with topics ranging from potential security trends and threats to collective capacity-building for jungle-orientated operations. Among the keynote speakers presenting are Lieutenant General Danilo G. Pamonag, Commander of Southern Luzon Command, Armed Forces of the Philippines (AFP) whom will share on “Commanding Operations in Tropical and Urban Fringe Environment – Lessons from Mindanao”, and Major General Duncan Capps, General Officer Commanding Regional Command, British Armed Forces whom will discuss
“Countering Irregular Activity in the Future Operating Environment – A British Perspective”.
Since the RJWS’ inception in 2017 with the aim to develop Brunei Darussalam as a Centre of Excellence for Jungle Warfare, the number of participating countries has increased from 11 to 13, which are Australia, Brunei, France, Indonesia, Laos, Malaysia, New Zealand, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam, United Kingdom and United States of America.
The RJWS also serves as a platform to build cooperation in the area of information exchange and to promote future collaborations in training and multilateral exercises between participating countries. The opening ceremony of the Symposium was attended by more than 200 invited guests, Defence Attachés/Advisors, senior officers and personnel from Ministry of Defence and RBAF, as well as other government agencies such as Royal Brunei Police Force, Brunei Internal Security Department, and Brunei Forestry Department.



MAJLIS PEMBUKAAN REGIONAL JUNGLE WARFARE SYMPOSIUM 2018
PERKHEMAHAN TANAH JAMBU, Selasa 17 April 2018 – Regional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2018 telah dirasmikan oleh Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dalam majlis pembukaan yang diadakan di Akademi Pertahanan ABDB, Kampung Tanah Jambu.
Di majlis pembukaan tersebut, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB telah menggariskan harapan agar negara-negara peserta akan bermanfaat daripada simposium ini kerana ia memberikan kesempatan bagi pengembangan profesional, serta pertukaran pengetahuan di kalangan peserta.
Simposium yang bermula pada 17 April 2018 hingga 20 April 2018 adalah hasil kerjasama antara ABDB dan British Force Brunei (BFB) dengan tema “Countering Current and Future Threats” pada tahun ini. Simposium ini terdiri dari pembentangan-pembentangan utama dan sesi perbincangan, dengan topik-topik yang terdiri antara trend dan cabaran keselamatan yang berpotensi, kepada perkembangan kapasiti bersama untuk perlaksanaan operasi hutan. Antara penyampai-penyampai ucaptama yang diundang ialah Leftenan Jeneral Danilo G. Pamonag, Commander of Southern Luzon Command dari Angkatan Tentera Filipina dengan perbentangan yang bertajuk “Commanding Operations in Tropical and Urban Fringe Environment – Lessons from Mindanao”, dan Mejar Jeneral Duncan Capps, General Officer Commanding Regional Command dari Angkatan Tentera British dengan perbentangan bertajuk
“Countering Irregular Activity in the Future Operating Environment – A British Perspective”.
Sejak pelaksanaan RJWS pada tahun 2017 dengan tujuan untuk membangunkan Negara Brunei Darussalam sebagai satu Pusat Kecemerlangan bagi Latihan Peperangan Hutan, tahun ini terdapat peningkatan jumlah negara yang terlibat daripada 11 negara kepada 13 negara yang termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia, New Zealand, Perancis, Singapura, Thailand, Vietnam dan United Kingdom.
RJWS ini menyediakan platform untuk mempromosi kerjasama dalam bidang pertukaran maklumat serta mengukuhkan lagi kolaborasi masa depan dalam latihan dan eksesais pelbagai hala antara negara-negara peserta. Majlis Pembukaan Simposium berkenaan telah dihadiri oleh lebih daripada 200 para jemputan, Atase/Penasihat Pertahanan, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB serta agensi-agensi Kerajaan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Perhutanan.