SERASA, Sunday, 8 April 2018 – The Ministry of Defence finished first place in the 15-paddlers Fibre Glass Boat Race between Ministries with a recorded time of 3 minutes and 29 seconds at the 24th Traditional National Boat Race Event 2018. The event was held at the Serasa Water Sports Complex.
This year’s Boat Race Event was organised by the Brunei Darussalam National Boat Race Association (PERKEBAR) with the support from the Department of Youth and Sports Development, Ministry of Culture, Youth and Sports.
The Boat Race was divided into four different events which were Local Open event, Private Sector Invitational event, Inter-Ministry event and Teams from Law Society Negara Brunei Darussalam event that covers a distance of 800 meters long. 11 boat race categories were contested.
The Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) participated in 6 of the categories. The MS ABDB Boat Race team won third place for 10-paddlers Mix Fibre Glass Open with a recorded time of 4 minutes and 4 seconds.
In attendance as the Guest of Honour was Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar whom presented the prizes to the winners.


KEJOHANAN LUMBA PERAHU TRADISIONAL KALI KE-24 2018
SERASA, Ahad 8 April 2018 – Kementerian Pertahanan meraih kejuaraan di acara 15-Pekayuh Antara Kementerian (Perahu Fiber) dengan catitan masa 3 minit dan 29 saat di Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-24 yang diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa.
Kejohanan Lumba Perahu dianjurkan oleh Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam (PERKEBAR) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Perlumbaan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Terbuka Tempatan, Jemputan Swasta, Antara Kementerian dan Pasukan Peguam-Peguam & Undang-Undang Negara Brunei Darussalam dengan kejauhan 800 meter bagi setiap perlumbaan. Sebanyak 11 kategori perlumbaan telah dipertandingkan.
Pasukan Lumba Perahu Majlis Sukan ABDB (MS ABDB) telah ikut serta di dalam enam acara. Dalam ini, MS ABDB juga telah berjaya memperolehi kejayaan di tempat ketiga bagi acara 10 Pekayuh Mix Terbuka Tempatan (Perahu Fiber) dengan catitan masa 4 minit dan 4 saat.
Tetamu kehormat bagi acara tersebut dan sekaligus menyempurnakan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.