BOLKIAH GARRISON, Monday, 9 April 2018 – Colonel Lamla Malotana, the Non-Resident Defence Adviser of South Africa accredited to Brunei Darussalam who is based in Kuala Lumpur, Malaysia today made an introductory call on the Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

The Permanent Secretary welcomed Colonel Lamla Malotana to Brunei Darussalam and congratulated him on his appointment as Defence Adviser. The courtesy call provided the opportunity to reaffirm the warm state of relations and explore possible avenues of defence cooperation that can be developed in future.

Brunei Darussalam and South Africa established diplomatic relations on 5 October 1996.

************************



KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN AFRIKA SELATAN YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 9 April 2018 – Kolonel Lamla Malotana, Penasihat Pertahanan Afrika Selatan di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, pada hari ini mengadakan kunjungan hormat pengenalan kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Setiausaha Tetap mengalu-alukan kedatangan beliau ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Pertahanan. Kunjungan hormat tersebut memberikan peluang bagi mengukuhkan hubungan baik dan menerokai bidang-bidang kerjasama pertahanan yang boleh diperkembangkan di masa akan datang.

Negara Brunei Darussalam dan Afrika Selatan telah menubuhkan hubungan diplomatik pada 5 Oktober 1996.