REPUBLIC OF SINGAPORE, Wednesday, 4 April 2018 – Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) made an introductory visit to the Republic of Singapore from 2 to 4 April 2018.
Upon arrival at the Ministry of Defence of the Republic of Singapore, the Commander of RBAF was welcomed by Brigadier General Chua Boon Keat, Commandant SAFTI and later inspected a Guard of Honour comprising of personnel from the Singapore Armed Forces. He then called on Major General Melvyn Ong, the newly appointed Chief of Defence Force of the Singapore Armed Forces, followed by a courtesy call to Dr. Ng Eng Hen, the Minister for Defence of the Republic of Singapore. During the calls, both sides commended the special friendship shared between one another and reaffirmed the long-standing bilateral defence cooperation between both countries.
As part of the visit, Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan visited the Unmanned Aerial Vehicles (UAV) Command, as well as the Regional Humanitarian Assistance and Disaster Relief Coordination Centre (RHCC), Information Fusion Centre (IFC) and Unmanned Surface Vessels (USV) at the Changi Naval Base. An official dinner was also hosted by the Chief of Defence Force of the Singapore Armed Forces.
The Commander of RBAF’s introductory visit signifies the strong camaraderie and long-standing defence cooperation between the Royal Brunei Armed Forces and Singapore Armed Forces, which continues to strengthen through regular exchange of visits, frequent interactions, bilateral and multilateral exercises, professional exchanges, trainings and courses.


LAWATAN PENGENALAN PEMERINTAH ABDB KE REPUBLIK SINGAPURA
REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 4 April 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan lawatan pengenalan ke Republik Singapura bermula pada 2 hingga 4 April 2018.
Ketibaan Pemerintah ABDB di Kementerian Pertahanan Republik Singapura dialu-alukan oleh Brigadier Jeneral Chua Boon Keat, Komandan SAFTI dan kemudian membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang diberikan oleh Angkatan Bersenjata Republik Singapura. Seterusnya, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Melvyn Ong, Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Singapura yang baru dilantik, dan kemudian kepada Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Republik Singapura. Kedua belah pihak memuji hubungan pertahanan yang erat di antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura dan mengesahkan kerjasama pertahanan dua hala di antara kedua buah negara.
Sebagai sebahagian lawatan beliau, Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan juga membuat kunjungan ke Unmanned Aerial Vehicles (UAV) Command, dan juga ke Regional Humanitarian Assistance and Disaster Relief Coordination Centre (RHCC), Information Fusion Centre (IFC) dan Unmanned Surface Vessels (USV) di Changi Naval Base. Pemerintah ABDB juga menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Ketua Turus Angkatan Bersenjata Republik Singapura.
Lawatan pengenalan Pemerintah ABDB menandakan kerjasama yang kuat dan hubungan pertahanan yang erat di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Republik Singapura yang terjalin melalui kunjungan rasmi, interaksi yang kerap, eksesais dua hala dan pelbagai hala, pertukaran profesional serta latihan dan kursus.