PENANJONG GARRISON, Friday, 30 March 2018 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Athletics and Tug-of-War Championship Competition that was held from 26 March 2018 until 30 March 2018 at the Sports Complex of Penanjong Garrison came to an end this afternoon with a prize presentation at the Final Championship Closing Ceremony.
The prize presentation at the RBAF Athletics and Tug-of-War Final Championship Closing Ceremony was officiated by the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
The event concluded with the final tug-of-war that was won by the Royal Brunei Land Force (RBLF) team after defeating the Ministry of Defence team. Meanwhile the Men’s Challenge Cup for the 2017/2018 was won by the RBLF while the Women’s Challenge Cup was won by the Royal Brunei Navy. Moreover, this year’s best man athlete and best woman athlete were awarded to Private (U) Rosmin bin Hj Mohd Kamis and Corporal Zuraidah binti Hj Amit respectively. The best service for the overall sports events went to the Royal Brunei Land Force.
Also present were the Royal Brunei Police Force and the Youth and Sports Department who competed in the 4x100m Special Invitation event.
The tournament is the annual sports event of the RBAF involving the men and women personnel from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force, the Training Institute RBAF and the Ministry of Defence.






KEJOHANAN OLAHRAGA DAN TARIK KALAT PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2017/2018
PENANJONG GARISON, Jumaat, 30 Mac 2018 – Kejohanan Olahraga dan Tarik Kalat peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diadakan dari 26 Mac 2018 sehingga 30 Mac 2018 di Kompleks Sukan, Penanjong Garison telah berakhir petang ini dengan penyampaian hadiah pada Upacara Penutup Kejohanan Akhir.
Penyampaian Hadiah pada Upacara Penutup Kejohanan Akhir Olahraga dan Tarik Kalat Peringkat ABDB disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Acara diakhiri dengan perlawanan akhir Tarik Kalat yang telah dimenangi oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) setelah menewaskan pasukan dari Kementerian Pertahanan. Sementara itu Piala Pusingan bagi Acara Lelaki bagi Tahun 2017/2018 disandang oleh pasukan TDDB manakala Piala Pusingan bagi Acara Wanita dimenangi oleh pasukan dari Tentera Laut Diraja Brunei.
Pada tahun ini, Olahragawan dan Olahragawati Terbaik ABDB telah diberikan kepada Olahragawan Soldadu (U) Rosmin bin Hj Mohd Kamis dan Olahragawati Kopral Zuraidah binti Hj Amit. Unit terbaik bagi keseluruhan acara-acara sukan tahun ini disandang oleh TDDB.
Turut hadir dimajlis tersebut ialah Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Belia dan Sukan yang bersaing dalam acara 4x100m Jemputan Khas.
Kejohanan ini merupakan acara tahunan ABDB dimana penglibatan pasukan-pasukan Lelaki dan Askar Wanita termasuk daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.