BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 25 March 2018 – Held on Sundays every week, the Bandarku Ceria programme continues to be well-received and supported by the government sector, non-government organisations and the public. During this week’s Bandarku Ceria programme, the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully hosted a series of activities at the Taman Mahkota Jubli Emas.

As one of the Ministry of Defence’s and Royal Brunei Armed Forces’ initiatives to support the whole-of-nation approach towards a healthy lifestyle and integrating the community through sports, this event also underscored that traditional boat-race is among those sports loved by all walks of life in this country, participated by royals and commoners alike; alongside cycling, which has been termed as the national hobby; and the tug of war. 

The event also introduced water sports and activities to the programme such as kayaking, water ball, water bicycle, dragon boat tug of war and many more, which took place along the waters and banks of Sungai Kedayan, adjacent to the Taman Mahkota Jubli Emas.

The event also showcased a morning ‘Masjidku Makmur’ programme at the Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Mosque with a mass Fajr prayer. A morning ‘Tazkirah’ titled ‘Riadah Sebagai Satu Sunnah’ was delivered by Major Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF.

Among the participating officers were 1000 personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) including their families, led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also taking part were Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.

The programme also brought together many non-governmental organisations such as the Radio Control Boat Race Association (Racobra) which put on radio controlled boat shows, as well as other vendors.

It is with hope that, not only will this event contribute to the development of a sporting culture in the nation, but at the same time, strengthen national unity through community involvement as a whole.

The programme was organised by the Performance Optimisation Centre (POC) in collaboration with the Directorate of Administration and Manpower, supported by units and departments of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces. 

As part of the wider efforts to ensure the safety of members of the public, the organising committee has placed strong emphasis on safety measures and precautions including the use of lifejackets, especially for those partaking in the water-based activities. 






















KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB MEMPROMOSIKAN GAYA HIDUP SIHAT DI BANDARKU CERIA


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Mac 2018 – Diadakan pada hari Ahad setiap minggu, program Bandarku Ceria terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama sektor kerajaan, organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs) dan orang ramai. Semasa program Bandarku Ceria minggu ini, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berjaya mengelolakan beberapa aktiviti di Taman Mahkota Jubli Emas.

Sebagai salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk menyokong pendekatan seluruh negara untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengintegrasikan komuniti melalui sukan, acara ini juga menekankan bahawa perlumbaan bot tradisi adalah antara sukan yang disayangi oleh seluruh lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli Kerabat Diraja dan rakyat, bersama juga aktiviti berbasikal, yang telah dikenali sebagai hobi kebangsaan, serta permainan bertarik kalat.

Acara ini juga memperkenalkan aktiviti sukan air seperti aktiviti kayak, water ball, water bicycle, perlawanan tug of war dragon bot dan lain lagi, yang bertempat di perairan dan tebing Sungai Kedayan yang bersebelahan dengan Taman Mahkota Jubli Emas.

Acara ini juga dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh berjemaah. Satu tazkirah yang bertajuk ‘Riadah Sebagai Satu Sunnah’ disampaikan oleh Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.

Antara peserta-peserta ialah 1000 anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), bersama keluarga, yang diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Juga turut serta ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan and ABDB.

Program ini turut mengundangkan banyak organisasi bukan kerajaan seperti Persatuan Perlumbaan Bot Kawalan Radio (Racobra) bagi persembahan bot kawalan radio, dan juga pengusaha-pengusaha lain.

Ia diharapkan aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan, bukan sahaja, meyumbang ke arah pembentukan budaya sukan yang menjurus kepada pewujudan warga sihat, tetapi juga pemantapan perpaduan menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh.

Program ini adalah anjuran Pusat Optima Kecergasan Tentera (POKT) bekerjasama dengan Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia serta penglibatan semua unit dan jabatan lain Kementerian Pertahanan dan ABDB.   

Sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk memastikan keselamatan orang ramai, jawatankuasa penganjur telah memberi penekanan yang kuat ke atas langkah-langkah keselamatan dan berjaga-jaga, termasuk penggunaan jaket keselamatan, terutamanya bagi mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukan air.