BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 20 March 2018 – A delegation from the Malaysian Armed Forces Defence College, consisting of 45 course participants, 13 staff and 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lecturers, were in Brunei Darussalam for a one-day field study tour.


The delegation was led by First Admiral Dato’ Sabri bin Zali, Commandant of the Malaysian Armed Forces Defence College, who paid a courtesy call to Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF). During the call, both sides commended the longstanding and warm relations between the Royal Brunei Armed Forces and the Malaysian Armed Forces which had continued to grow and strengthen over the years through close cooperation such as formal visits, exchanges, exercises and courses.


During the visit to the Ministry of Defence, the delegation received briefings on the structure and role of the Ministry of Defence and the RBAF, as well as Brunei Darussalam’s defence policies and an overview of the regional security environment. This was followed by visits to the RBAF Museum as well as other places of interest in Brunei Darussalam.


The course participants were enrolled in a Master’s degree course conducted by the Malaysian Armed Forces Defence College in cooperation with UKM, and the one-day field study tour fulfilled their curriculum requirements.







LAWATAN KAJIAN MEDAN ROMBONGAN MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA, MALAYSIA



BOLKIAH GARISON, Selasa, 20 Mac 2018 – Rombongan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Malaysia, yang terdiri daripada 45 peserta kursus, 13 staf dan 3 pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berada di Negara Brunei Darussalam untuk lawatan kajian medan selama satu hari.


Rombongan tersebut diketuai oleh Laksamana Pertama Dato’ Sabri bin Zali, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), di mana beliau membuat kunjungan hormat kepada Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua belah pihak melahirkan rasa puas hati di atas hubungan yang sudah lama terjalin dan mesra di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Tentera Malaysia. Hubungan akrab ini dilihat terus berkembang dan kukuh melalui kerjasama rapat di antara keduanya seperti lawatan rasmi, mesyuarat, eksesais dan kursus.


Semasa lawatan rombongan ke Kementerian Pertahanan, rombongan MPAT menghadiri taklimat mengenai struktur dan peranan Kementerian Pertahanan dan ABDB, dasar pertahanan negara serta mengenai persekitaran keselamatan rantau. Ianya diikuti dengan lawatan ke Muzium ABDB serta tempat-tempat menarik di Negara Brunei Darussalam.


Peserta-peserta sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dengan usaha sama UKM, dan lawatan kajian medan satu hari ini adalah memenuhi keperluan kurikulum kursus.