BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 24 February 2018 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to join the citizens and residents of this country in celebrating the 34th National Day with other members of the Royal Family at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

The celebration began with the national anthem, following which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam inspected the Guard of Honour mounted by 410 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force, and a combined band from RBAF and Royal Brunei Police Force under the Parade Commander, Lieutenant Colonel Mohd Salehudin bin Dato Paduka Haji Puasa.

A march-past comprising of 150 participants from the Ministry of Defence was led by the Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.

Also taking part were Deputy Permanent Secretary (Technology and Development), Captain (Retired) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, RBN, and Deputy Permanent Secretary (Finance and Administration), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani, as well as directors and senior officers of the ministry.

Meanwhile, 1,134 RBAF personnel joined the march past led by the Director of Performance Optimisation Centre, Colonel Zahrin bin Haji Zunaidi.

RBAF personnel were also involved in the parade as flag bearers who ushered a large-sized version of Brunei Darussalam’s national flag, as well as the RBAF Band that played patriotic songs throughout the celebration.

Over 23,000 participants from 138 teams took part in Brunei Darussalam’s 34th National Day celebration this year that carries the theme ‘Accomplishing the National Vision’.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-34

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Februari 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk di negara ini dalam Sambutan Hari Kebangsaan Ke-34 bersama Ahli-Ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan diikuti dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memeriksa perbarisan seramai 410 orang yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan gabungan pencaragam ABDB dan PDB di bawah kawalan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Mohd Salehudin bin Dato Paduka Haji Puasa.

Acara perbarisan lalu dari Kementerian Pertahanan seramai 150 orang, diketuai oleh Setiausaha Tetap, Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.

Turut serta ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Kepten (Bersara) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, TLDB dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pentadbiran), Pg Hajah Zety Sufina binti Pg Dato Paduka Haji Sani, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, seramai 1,134 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyertai acara perbarisan yang diketuai oleh Pengarah Pusat Optima Kecergasan, Kolonel Zahrin bin Haji Zunaidi.

Anggota ABDB juga terlibat dalam membawa bendera Negara Brunei Darussalam yang besar serta pasukan Pancaragam ABDB yang memainkan lagu-lagu patriotik negara.

Lebih 23,000 peserta daripada 138 pasukan telah mengikuti acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 pada tahun yang membawa tema “Menjayakan Wawasan Negara”.