BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 16 February 2018 – A Flag Hoisting Ceremony in conjunction with Brunei Darussalam’s 34th National Day Celebrations was held today at the open area of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex in Bandar Seri Begawan. 

The National Day Flag Hoisting Team, which included personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) marched in for the presentation and reception of the large national flag from the Guest of Honour, Yang Berhormat Major General (Retired) Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin, Minister of Culture, Youth, and Sports. 

The giant-sized flag measuring 13.6 by 7.3 metres was raised by 1060 Lieutenant Grade Junior Helmi bin Junaidi, RBN accompanied by the national anthem, ‘Allah Peliharakan Sultan’ by a choir group. The ceremony concluded with the handing over of flags and National Day posters by the Minister of Culture, Youth and Sports to all district officers.

The raising of the giant flag in the capital is a call for government buildings, shop premises and households throughout the country to raise their flags from 16th February till 25th February 2018.

The national flag is a landmark, a symbol of sovereignty, honour and dignity of a country. The hoisting of the national flag symbolises the spirit of patriotism, nationalism and unity.





UPACARA MENAIKKAN BENDERA BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBENGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 34

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 16 Februari 2018Upacara Menaikkan Bendera Besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 telah berlangsung hari ini di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan. 

Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei bergerak masuk bagi penerimaan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam daripada tetamu kehormat, Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Upacara menaikkan bendera yang berukuran 13.6 meter dari 7.3 meter telah dilaksanakan oleh 1060
Leftenan Dya Helmi bin Junaidi, TLDB dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” oleh kumpulan koir. Upacara berakhir dengan penyampaian bendera-bendera dan poster-poster oleh
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini kepada pegawai-pegawai daerah. 

Acara menaikkan bendera besar tersebut adalah sebagai tanda untuk menaikkan bendera di pejabat-pejabat dan rumah-rumah di seluruh negara dari 16 Februari hingga 25 Februari 2018 sebagai mercu tanda, simbol kedaulatan, kehormatan sesebuah negara. Ini juga melambangkan semangat patriotisme, nasionalisme dan perpaduan kepada negara yang tercinta.