BOLKIAH GARRISON, Friday, 2 February 2018 – By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), 373 Colonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampuh was promoted to Brigadier General in a ceremony that took place at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison this morning.
The insignia presentation ceremony was led by Major General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of RBAF.
Brigadier General Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampuh took over as the Commander of Royal Brunei Land Force effective 31 January 2018.
Present at the ceremony were Minister of Culture, Youth, and Sports, The Honourable Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, former Commanders of the RBAF, members of Defence Executive Committee, Services Commanders, Commandants, Directors, senior active and retired RBAF officers, Defence Advisers and Attachés based in Brunei Darussalam, officers of the Ministry of Defence and RBAF, and family members of those present.
The ceremony was blessed with a Doa Selamat by the Head of RBAF Religious Department (JAMAAT), Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.



PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DINAIKKAN KE PANGKAT BRIGADIER JENERAL
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 2 Februari 2018 – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 373 Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampuh dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dalam Majlis Kenaikan Pangkat di Mes Pegawai Bolkiah Garison pagi ini.
Majlis kenaikan pangkat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB.
Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampuh mengambil alih sebagai Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei pada 31 Januari 2018
Hadir di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhomat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, mantan Pemerintah-Pemerintah ABDB, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan yang masih berkhidmat dan yang bersara, Penasihat dan Atase Pertahanan yang menetap di Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta ahli keluarga jemputan yang hadir.
Doa selamat telah dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.